Memaparkan catatan dengan label Warta Puteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Warta Puteri. Papar semua catatan

Rabu, Julai 14, 2010

JATI DIRI SEBAGAI ANK MELAYU


Di zaman penjajahan Belanda, tersebarlah suatu anggapan dari pihak kolonial berkenaan orang Melayu, bahwasanya orang Melayu kononnya memiliki semangat kerja yang kurang, cepat merasa puas dan tiadalah berpikiran maju ke hadapan. Kemudian diperkatakan pula orang Melayu sebagai masyarakat yang tinggal berdekatan dengan laut dan laut sebagai sumber mata pencaharian, ada pula yang tinggal di pinggir-pinggir sungai dengan mata pencaharian berburu, menyadap getah dan pencaharian yang lain.

1. Seseorang disebut Melayu apabila sehari-hari berbahasa Melayu, beradat istiadat Melayu dan beragama Islam. Alhasil, orang Melayu itu dapat dilihat kepada agama dan budaya.

2. Orang Melayu selalu percaya kepada Allah SWT dan selalu mengikuti ajaran Rasulullah; hal ini diperkuat dengan peribahasa : Bergantung kepada satu, berpegang kepada yang Esa.

3. Orang Melayu taat kepada hukum demi keamanan dan kemakmuran masyarakatnya, seperti peribahasa : Adat itu jika tidur menjadi tilam, jika berjalan menjadi payung, jika di laut menjadi perahu, jika di tanah menjadi pusaka. Atau Mati anak heboh sekampong, mati adat heboh sebangsa. Walaupun demikian, tidak berarti adat resam tiada boleh berubah. Jika ianya tiada berkesesuaian, maka hal yang sedemikian dapatlah diubah tanpa mengundang kepada perkara yang menghebohkan. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu yang berbunyi : Sekali air bah, sekali tepian berubah. Atau Tiada gading yang tak retak.

4. Orang Melayu mengutamakan budi dan bahasa, karena keduanya menunjukkan kepada sopan santun dan tinggi peradabannya. Seperti peribahasa mengatakan : Usul menunjukkan asal, bahasa menunjukkan bangsa. Atau Taat pada petuah, setia pada sumpah, mati pada janji, melarat karena budi. Atau Hidup dalam pekerti, mati dalam budi. Selain daripada itu, di dalam pantun Melayu juga tersirat :

Gunung Bintan lekuk di tengah Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan di kandung tanah, Budi baik dikenang juga.

Gunung Daek

5. Orang Melayu mengutamakan pendidikan dan ilmu. Hal ini tercermin dalam beberapa peribahasa yang mengambil kepada hadist Rasulullah, yaitu :

6. Tuntutlah ilmu sampai ke negeri Cina, atau Menuntut ilmu itu sejak dalam buaian sampai ke liang lahat.

7. Orang Melayu mengutamakan budaya Melayu, becakap tidaklah kasar, berbaju menutupi aurat, menjauhkan pantang larang dan dosa. Biarlah mati daripada keluarga menanggung malu. Orang Melayu juga pandai menjaga air muka orang lain. Kalaupun marah cukup dengan sindiran. Seperti peribahasa mengatakan : Marahkan anak, sindir menantu.

8. Orang Melayu mengutamakan musyawarah dan mufakat sebagai sendi kehidupan. Di dalam segala hal baik perkawinan, kematian, kenduri, mendirikan rumah, maupun dalam pemerintahan. Bahkan nilai-nilai ini juga dilaksanakan bagi pendatang sehingga orang Melayu sangat terkenal dengan keterbukaannya. Ada pantun yang berbunyi

Apabila meraut selodang buluh
Siapkan lidi buang miangnya
Apabila menjemput orang jauh
Siapkan nasi dengan hidangnya

9. Orang Melayu tak suka mencari lawan ataupun melawan, seperti ungkapan yang mengatakan: Pantang Melayu untuk mendurhaka. Tetapi akan melawan jika ianya terdesak, seperti pribahasa mengatakan : Musuh pantang dicari, kalau datang tidak menolak. Atau pribahasa : Alang-alang menceluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Di dalam pantun diungkapkan :

Kalau sudah dimabuk pinang,
Daripada ke mulut biarlah ke hati

Kalau sudah maju ke gelanggang
Berpantang surut biarlah mati


``Tuntutlah ilmu akhirat dunia, hidup matimu dapat bahagia. Ke manamu pergi jadi mulia, tidaklah hidup sia-sia, Pergi sekolah janganlah segan, ilmu agama jangan dilupakan, Sama dituntut sama amalkan, dua-duanya sama muliakan. Agama Islam amat sebenar, peraturannya cukup benar. Tetaplah padanya jangan nanar, beroleh kebajikan yang bersinar ...
Nukilan-TENGKU PUTEH TIPPI

Isnin, Julai 12, 2010

Mesyuarat Persidangan PU3 UMNO SUBANG

Pendaftaran perwakilan pu3 bermula
Senyuman pu3 subang
Bersama Ketua Bahagian, Ketua Pu3 Selangor dan wakil bahagian
Sebahagian dr pengerakan pu3 umno subang

Menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu Umno dgn penuh semangat
Ucapan Aluan dr Ketua Pu3 Umno bhgn Subang

Gelombang pink
Ketua Pu3 bersama Ket Pu3 Caw Gajah Perdana- ahli caw pu3 yang terbanyak
TAHNIAH ZURA!
Cenderahati utk Timb Ketua Umno Bahagian, Datok Megat
MAKAN TIME!

Akhirnya tanggal 3 Julai 2010 bertempat di SEGi University College, Kota Damansara Persidangan Puteri UMNO Bahagian Subang telah berlangsung dengan jayanya. Setiap tahun amanah utk melaksanakan mesyuarat Persidangan akan dilaksanakan dgn penuh rasa tanggungjawab dan hormat.Dengan dirasmikan oleh Ybhg Puan Suhaila M Zin, Ketua Puteri UMNO Selangor. Terima kasih kak sue and the team kerna sudi dtg ke persidangan kami yg serba sederhana ini.

Persidangan tersebut telah selamat dirasmikan pada jam 4.00 ptg oleh kak sue dan turut hadir bersama adalah Naib Ketua Wanita Subang, Pn Che Yah Sulong, Timb Ketua Bahagian Ybhg Datuk Megat Firdouz dan Naib Ketua Bahagian, En Abd Raof Dato' Abdullah..

Menurut kata Pn Herni Azura, Ketua Puteri UMNO Bahagian Subang 'perjuangan kita belum selesai, banyak kerja dan tingkatkan usaha demi memenangi hati pengundi muda agar menyokong BN' malah menurut kata Ketua Puteri UMNO Bahagian Subang bagi menyemarakkan lagi wadah perjuangan puteri mengalakkan semua ketua2 pu3 cawangan dan ahli2 pu3 subang agar menambah keahlian dengan 1Puteri 1Ahli..

Ini merupakan perjuangan agenda bangsa,agama dan tanahair yang perlu diambil serius bagi semua golongan muda yang masih kabur dan tidak jelas tentang kepentingan mendaftar pengundi. Sesuatu perjuangan perlukan sedikit pengorbanan bagi menentukan kemenangan penting bagi Parti dan rakyat khususnya, ujar beliau lagi.

Syukur alhamdullilah Persidangan Pu3 Umno Bahagian Subang berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang gangguan dan kekecohan. Persidangan berakhir pada jam 6.30 ptg..


-Mcm Ketua pu3 selangor cakap, persidangan umno mcm Hari Raya...memang betul meriah, dpt kumpulkan pu3 subang dan yang penting gelombang pink kelassss. Apa2 pun yg utama pengisian dan intipati persidangan kali ini.....HIDUP PU3 SUBANG!

GENERASI WANITA PRIHATIN

Rabu, Jun 23, 2010

PENJARA PUDU AKHIRNYA REBAH KE MUKA BUMI....




KUALA LUMPUR, 22 Jun — Walaupun hanya sebahagian sahaja dirobohkan namun bagi seorang bekas banduan Penjara Pudu, Suharto Abdul Wahab pengalaman sepanjang berada dalam penjara tersebut pasti tidak akan dilupakan sampai bila-bila.


Dia antara ratusan orang yang membanjiri kawasan Penjara Pudu di sini malam tadi.
Katanya, sepanjang tiga tahun menjadi banduan banyak pengalaman dan pengajaran diperoleh dalam penjara tersebut.

“Saya ditahan kerana mengedar dadah dan saya dikenakan hukuman penjara tiga tahun serta tiga sebatan.

“Sepanjang berada dalam penjara banyak saya peroleh termasuk didikan agama. Selain itu saya juga ada melihat beberapa banduan yang bergaduh sesama sendiri kerana tidak berpuas hati antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui semasa kerja-kerja roboh tembok Penjara Pudu malam tadi.

Tembok Penjara Pudu berukuran 394 meter di sepanjang Jalan Pudu dirobohkan dan ia akan mengambil masa sehingga 23 Jun ini bagi membolehkan kerja pelebaran dan laluan bawah tanah Jalan Pudu dilakukan.

Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut dibuat secara berperingkat- peringkat dan siap sepenuhnya pada tahun 1895.

Tembok penjara yang dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen dan diimport dari negara penjajah Britain, mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada Ogos 1892.

Bagi bekas warden, Mohamad Simin, 54, berkata pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan adalah ketika berlaku penawanan dua orang doktor iaitu Dr. Radzi Jaafar dan Dr. Abdul Aziz Abdul Majid oleh enam orang banduan reman yang diketuai oleh Jimmy Chuah pada tahun 1985.

“Saya masih ingat bagaimana dua orang doktor telah dijadikan tawanan oleh enam orang banduan yang mahu melepaskan diri daripada penjara.

“Mereka (banduan) menggunakan gunting dan peralatan doktor sebagai senjata. Kalau tidak silap saya kejadian itu terjadi di bilik rawatan tetapi akhirnya banduan tersebut menyerah diri selepas enam hari,” katanya.

Penjara yang banyak menceritakan kisah suka duka kepada jabatan ini telah mencatat rekod kerana muralnya yang menghadap Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah merupakan mural terpanjang di dunia iaitu sepanjang 384 meter dan tinggi 4.5 meter telah dilukis oleh banduan dengan menggunakan 2,000 liter cat.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kerja Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Siti Saffur Mansor berkata kerja-kerja perobohan tembok Penjara Pudu itu akan mengambil masa selama tiga hari.

“Kita sasarkan ia akan selesai dalam tempoh tiga hari bermula malam tadi dan kerja-kerja ini akan dijalankan dari pukul 10 malam hingga 5 pagi.

“Kita menjalankan kerja-kerja ini pada waktu malam kerana ketika itu jalan raya tidak sibuk jadi ia akan memudahkan perjalanan tugas kami,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lin meminta supaya kerajaan menimbang semula cadangan untuk merobohkan Penjara Pudu yang berusia 120 tahun kerana berpendapat bangunan tersebut merupakan sejarah yang perlu dikekalkan, bukannya dimusnahkan.

“Saya agak terkilan apabila kerajaan mahu merobohkan Penjara Pudu ini kerana bagi saya ia adalah satu sejarah negara yang harus dikekalkan dan dijaga dengan sebaik mungkin.

“Sebagai sebuah penjara yang lama ia perlu dijadikan sebagai warisan negara. Bagi saya ia bukan hanya penjara semata-mata tetapi ia mempunyai nilai sejarah yang penting kepada rakyat,” katanya.

Tinjauan The Malaysian Insider juga mendapati ramai yang mahu Penjara Pudu dikekalkan kerana ia mempunyai nilai sejarah tersendiri dan mempunyai banyak nostalgia kepada rakyat.

“Bagi saya adalah lebih baik ia dikekalkan sebagai satu sejarah dan warisan negara yang boleh ditatapi generasi akan datang.

“Jika bangunan ini dibaik pulih dan dibuka kepada umum saya rasa ia boleh memberikan hasil kepada negara,” kata seorang pesara, Yusof Isa, 60.

Bagi Piroz Ahmad Zulkathar, 60, langkah kerajaan merobohkan Penjara Pudu akan menyebabkan generasi akan datang tidak dapat melihat wajah sebenar bangunan itu.

“Banyak nostalgia pernah berlaku jadi bukankah lebih baik jika ia dikekalkan sebagai warisan sejarah negara?” katanya.

Seorang kakitangan awam, Siti Zaleha Sheikh Mohamad, 45, berkata, kerja merobohkan ini amat menyedihkan memandangkan bangunan tersebut mempunyai nilai sejarah dan seharusnya dijadikan tapak warisan di tengah-tengah bandar raya ini.


Rabu, Jun 02, 2010

AKIDAH REMAJA ISLAM SEMAKIN MUNDUR....

Anak-anak comel ini adalah Anugerah dari ALLAH
Zalim sungguh manusia yang sanggup berbuat demikain!!!

Assalamualaikum,

Sedih.... jijik.... itulah ungkapan yang boleh aku ungkapkan. Apa yang telah terjadi pd remaja Islam yang kemaruk melayu nafsu hingga terjebak ke kancah maksiat. Astrafirullahalazim....
Mana letaknya iman dan ketakwaan remaja sekarang?Takkan ada sedikit atau secubit keimanan dalam diri? Sanggup membuang bayi,darah daging sendiri demi menutup kemaluan diri sendiri,dan sanggup menanggung DOSA BESAR!

Bila kita melihat di Berita kes pembuangan bayi kebanyakkan dari remaja MELAYU... Apa dah jadi ni? sanggup di tanam hidup2, dibakar dicampak ke dalam tong sampah....
Wahai manusia kenapa jahil sangat??Cuba berfikiran waras dan rasional sebelum melakukan perbutan yang kejam...Sedangkan haiwan sayangkan anak2 inikan manusia. Anak adalah Anugerah ALLAH, dan bayi2 ini tidak bersalah....

Aku dan rakan2 seperjuangan mengharapkan dan berdoa supaya Remaja2 Islam diberi satu hidayah dari ALLAH supaya dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.
Sebagai renungan kepada ibu2 muda supaya kita terapkan AGAMA kepada anak-anak kita yang sedang membesar dan corakkan mereka dengan amalan2 yang mulia. Agama Islam adalah agama yang terbaik dan contohi dan amalkan. Dengan berteraskan agama insyaallah anak2 kita akan mengikuti jalan yang benar.

Kita perlu memandang perkara ini serius kerana ini akan memjejaskan sahsiah keluarga,akidah dan pelapis remaja Islam yang bakal terajui Negara dan Agama!Insaflah wahai remaja2 sekalian..Bertaubatlah selalu dan sentiasalah Kita mendekati dgn Allah bagi dihasut oleh Syaitan Durjana yang sentiasa akan menghancurkan kaum manusia di muka bumi Allah!

RENUNG-RENUNGKAN......
Generasi Wanita Prihatin

Khamis, Disember 31, 2009

Isnin, Jun 22, 2009

Propaganda PAS- Hj Hadi


KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.
Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya. Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini. Turut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.
Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.
Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, Pakatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan. "Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.
tgklah muka Hj Hadi....serius bebeno...cam senyum dalam terpaksa jerk...muka x puas hati tu...
Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno-BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar. Menyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno. Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.
Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.
Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan, ujarnya.

Minah celoteh-
Hmmm..Jelas2 dah terpampang bahawa Hj. Hadi menjadi "pak turut" kepada DSAI n DAP...Beliau x tetap pendirian...Bukankah PAS ni Parti Islam, mengapa beliau sanggup mengikut parti yang ingin menghancurkan umat Islam dan bangsa Melayu???Kerajaan perpaduan telah diutarakan oleh Hj. Hadi sendiri dan disambut oleh UMNO kerana memberi peluang ke arah persahabatan dan kekuatan orang Melayu..pening2 tgk politik yg berlaku di dalam PAS masa kini...Fahaman Hj Hadi jg sudah berbeza n nmpk gayanya Hj. Hadi jg akan masuk dalam kumpulan Erdogen agaknya...Inikah calon pilihan rakyat???Dulu kata lain sekarang dah berpaling tadah/ mulut manis tul...

Ahad, Jun 21, 2009

MULAKAN LEMBARAN BARU UMNO - PAS

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB dan RODELIO JUNJUN TAUCAN utusankelantan@utusan.com.my

KUALA KRAI 19 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap lembaran baru hubungan UMNO dan Pas dapat dimulakan segera demi kepentingan umat Islam dan keharmonian negara.

Katanya, perbincangan awal berhubung cadangan pembentukan kerajaan perpaduanmembuka tirai ke arah persefahaman bagi merapatkan hubungan dan menjalin kerjasama walaupun hasilnya belum dapat dijangkakan.

Beliau menegaskan, soal pengalaman lalu yang mencetuskan persengketaan, menimbulkan dendam dan keraguan sebilangan pemimpin Pas perlu dilupakan ketika keadaan perpecahan umat Islam kini membimbangkan.“Bagi saya itu tidak sepatutnya menjadi halangan. Sebagai umat Islam, kita digalakkan bermaaf-maafan.

Itu zaman lampau, kini dalam kepimpinan baru dan situasi baru.“Sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan pula kita manusia. Bagi saya ia bukan suatu halangan. Kita boleh menggerakkan permulaan baru yang akan memberi lebih banyak faedah kepada umat Islam dan bukannya untuk diri kita,” jelasnya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Khas Dengan Warga Pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok, Manek Urai dekat sini hari ini.Pada majlis itu, beliau menyampaikan waran peruntukan Belanjawan 2009 sebanyak RM1.5 juta untuk menaik taraf sekolah-sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai.

Muhyiddin berkata, cetusan ke arah pembentukan kerajaan perpaduan atau usaha menjalin kerjasama oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat oleh UMNO sebagai selaras dengan tuntutan Islam dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja.Sehubungan itu, katanya, UMNO tidak menolak perpaduan dan menyifatkan ia suatu permulaan yang baik, malah sedia berbincang dengan Pas biarpun parti itu mengenakan pelbagai syarat.

Selasa, Mei 12, 2009

Jenayah ragut: Puteri UMNO adakan program khas


KUALA LUMPUR 11 Mei - Pergerakan Puteri UMNO akan melaksanakan program khas seni mempertahankan diri serta mengelak daripada menjadi mangsa jenayah ragut yang semakin berleluasa di seluruh negara.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, program berkenaan yang dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat akan dikendalikan oleh biro hak asasi dan kemanusiaan serta biro tugas-tugas khas pergerakan tersebut.

''Jenayah ragut yang semakin berleluasa dan mengorbankan nyawa mangsa merupakan antara perkara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Exco Puteri UMNO pada hari ini.

''Perincian mengenai program tersebut akan digariskan supaya ia boleh dilaksanakan dalam waktu terdekat,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Jelas Rosnah, program tersebut akan meningkatkan kesedaran golongan wanita bahawa mereka sentiasa terdedah untuk menjadi mangsa jenayah ragut.

''Ia juga dijangka memberikan pendedahan kepada wanita mengenai cara mempertahankan diri dan mengelakkan jenayah ragut daripada berlaku,'' katanya.

Tambah Rosnah, beliau bersedia untuk bekerjasama dengan Ketua Wanita UMNO, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam memastikan jenayah ragut negara mampu dibendung.

Minggu lalu, negara dikejutkan dengan dua tragedi jenayah ragut yang mengorbankan nyawa dua orang ibu hamil di Johor dan Kelantan apabila mereka diragut ketika sedang menunggang motosikal.

Ramai Ketua Puteri dibarisi muka baru

Pelantikan berdasar kebolehan, pengalaman

KUALA LUMPUR: Pengumuman barisan baru Ketua Puteri Umno negeri bagi sesi 2008/2011 kelmarin menyaksikan hampir semua muka baru mengetuai 13 negeri, kecuali Melaka dan Negeri Sembilan.

Mereka dikekalkan ialah Ketua Puteri Melaka, Mas Ermieyanti Shamsudin dan Ketua Puteri Negeri Sembilan, Norashikin Abd Rahman.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata, semua muka baru yang dilantik berdasarkan kebolehan, pengalaman dan mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik.

"Walaupun kebanyakannya muka, tetapi mempunyai banyak pengalaman sebagai pemimpin. Saya berharap pengalaman dapat memperkukuhkan Puteri sebagai sayap Umno dan membentuk kepemimpinan yang baik seperti yang diinginkan pucuk pimpinan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Puteri Umno pertama di sini, semalam.

Kebanyakan penyandang jawatan Ketua Puteri sebelum ini sudah melepasi had umur 35 tahun, sekali gus hilang kelayakan menyandang jawatan itu.

Antaranya, Ketua Puteri Perlis, Pulau Pinang, Kelantan, Johor, Sabah, Wilayah Persekutuan dan Selangor, manakala Ketua Puteri Kedah, Shahanim Mohd Yusoff yang memenangi jawatan Naib Ketua Puteri pada Mac lalu melepaskan jawatan bagi memberi tumpuan pada peringkat pusat.

Mengenai cadangan penubuhan Puteri Barisan Nasional (BN), beliau berkata, Dr Wan Norashikin Wan Noordin yang juga bendahari akan mempengerusikan jawatankuasa untuk memperincikan semua langkah bagi merealisasikan penubuhan Puteri BN.

INFO: Ketua dan Naib Ketua Puteri Umno Negeri 2008-2011

  • Perlis � Asmaiza Ahmad (Ketua Puteri Padang Besar) Naib Ketua : Huzaini Abdul Hamid (Ketua Puteri Kangar)
  • Kedah � Norashimah Md Nowar (Ketua Puteri Sik) Naib Ketua: Hisham Suhaily Othman (Ketua Puteri Langkawi)
  • Kelantan � Norwahida Patuan (Ketua Puteri Jeli) Naib Ketua : Maznah Yaakob (Ketua Puteri Kota Bharu)
  • Terengganu � Arfalinda Anuar (Ketua Puteri Kemaman) Naib Ketua : Aziahwati Abdullah (Ketua Puteri Dungun)
  • Pulau Pinang � Hafizah Othman (Ketua Puteri Tasik Gelugor) Naib Ketua: Ida Moerni Zakaria (Ketua Puteri Bukit Gelugor)
  • Perak � Salbiah Mohamad (Ketua Puteri Grik) Naib Ketua : Rosniza Ismail (Ketua Puteri Ipoh Timur)
  • Pahang � Siti Azma Izah Adnan (Ketua Puteri Kuantan) Naib Ketua : Siti Norhayane Shahadan (Ketua Puteri Kuala Lipis)
  • Selangor � Suhaila M Zin (Ketua Puteri Kota Raja) Naib Ketua : Adrililza Mohd Abdan (Ketua Puteri Kelana Jaya)
  • Wilayah Persekutuan � Sarina Syarif (Ketua Puteri Cheras) Naib Ketua : Huzry Fionnawatty Hussein (Ketua Puteri Segambut)
  • Negeri Sembilan � Norashikin Abd Rahman (Ketua Puteri Rasah) Naib Ketua : Nor Amalina Abd Wahab (Ketua Puteri Tampin)
  • Melaka � Mas Ermieyati Shamsudin (Ketua Puteri Masjid Tanah) Naib Ketua : Siti Faizah Abd Azis (Ketua Puteri Jasin)
  • Johor � Faraha Ismail (Ketua Puteri Mersing) Naib Ketua : Rohaiza Ahmad (Ketua Puteri Pagoh)
  • Sabah � Musliati Moslimin (Ketua Puteri Kota Kinabalu) Naib Ketua : Zakiah Kalipunya (Ketua Puteri Semporna).
  • Isnin, Mei 11, 2009

    80 peratus Ketua Puteri negeri muka baru: Rosnah

    PAPAR: Kira-kira 80 peratus muka baru Ketua Puteri Umno negeri akan diumumkan selepas mesyuarat pertama Exco pergerakan itu di Kuala Lumpur, hari ini.

    Mereka diyakini mampu memimpin Puteri Umno negeri bukan setakat sebagai sayap parti, malah memperkukuh perjuangan pergerakan itu pada peringkat akar umbi bagi memastikan kelangsungan perjuangan dan penguasaan Umno serta Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum akan datang.

    Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata beliau akan mengumumkan barisan kepimpinan Puteri Umno negeri yang baru sejurus selepas mesyuarat itu.

    "Tunggulah esok, insya-Allah saya akan umumkan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Ekspo Beli Barangan Buatan Malaysia anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah, di Padang Pekan Papar, di sini, semalam.

    Ekspo itu disertai 80 usahawan, terutama dalam bidang pembuatan produk makanan. Ia bertujuan meningkatkan keprihatinan anggota masyarakat terhadap kepentingan membeli barangan buatan tempatan. Hadir sama, Pengarah KPDNHEP Sabah, Jaafar Walad.

    Bagaimanapun, Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar enggan mengulas lanjut ketika ditanya muka baru terbabit.

    Rosnah dipilih Ketua Puteri Umno dalam pemilihan Umno Mac lalu selepas menewaskan lima pencabarnya, iaitu bekas Ketua Penerangan Puteri, Datuk Shahaniza Shamsuddin; Setiausaha sayap itu, Bibi Sharliza Mohd Khalid; Exco Puteri, Datin Ismalina Ismail; Pengerusi Tetap Puteri Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Ida Rahayu Mohd Noor dan Ketua Puteri Cawangan OUG, Saarah Ali Bashah.

    Bulan lalu, Puteri Umno mengumumkan pelantikan empat jawatan utama bagi sayap parti itu.

    Ketua Puteri Perak, Dr Wan Norashikin Wan Noordin dilantik sebagai Bendahari dan Ketua Puteri Terengganu, Nordiana Shafie sebagai Ketua Penerangan.

    Ahad, Mei 10, 2009

    Rosnah enjoys being with her adopted children and stepson

    KUALA LUMPUR: Six years ago, a teenager sought help from a Puteri Umno division chief after giving birth to a child out of wedlock.

    Her baby, who was born premature, suffered from epilepsy and she could not afford to bring him to the hospital.


    Happy family: Rosnah posing for a photo with (from left) Siti Aishah, Siti Khatijah and Mahathir.

    Despite being single, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, who was then Kota Marudu Puteri Umno division chief, adopted the baby from the 14-year-old.

    “I love children and felt that I was ready for such a responsibility,” said Rosnah, who was 30 then.

    The lawyer-turned-politician from Sabah, who is now Puteri Umno chief and the Deputy Health Minister, said she fell in love with the baby at first sight and named him Mahathir Musa Abdullah.

    A year later, the Papar MP went on to adopt a pair of twin girls, who were abandoned at a mosque in Kudat, when they were six months old.

    Siti Khatijah Abdullah and Siti Aishah Abdullah, now five, have thalassaemia and undergo blood transfusion every month.

    “I love children and have a lot of support from my family to look after them as well,” said Rosnah, the only girl among nine siblings. She has about 30 nieces and nephews.

    “My family plays a vital role in assisting me. It did not bother me to be a mother while I was still single and active in politics. I still managed to spend a lot of quality time with my children,” said Rosnah.

    Likewise, she left it to God when it came to marriage and last July, she tied the knot with Fadli Juanas, a staff of the Sabah information department.

    She now has four children, including her four-year-old stepson Faiq Adli.

    Rosnah said she enjoyed being a mother to her adopted children.

    “It gives me a good feeling to be a mother, to be able to provide love and care for others although they are not my flesh and blood.”

    Rosnah, who hopes to have her own children one day, added that being a mother made her a better person.

    Prihatinlah wahai wanita - Nurdiyana

    BERTUGAS sebagai pegawai khidmat pelanggan di sebuah bank tempatan memberi peluang kepada wanita kelahiran Kuching, Sarawak ini untuk mendalami ragam manusia. Pelbagai ekspresi dan gaya, semuanya disimpulkan oleh Nurdiyana atau Dian sebagai satu pembelajaran yang berguna untuk dijadikan panduan dalam menempuh kehidupan harian.

    Beliau mengakui tatkala berurusan dengan hal berkaitan kewangan, adakalanya golongan wanita agak leka. Sikap inilah yang membawa musibah dan akhirnya golongan ini menjadi mangsa mereka yang kejam.

    Bagaimanapun, beliau tidak menolak bahawa takdir yang menentukan segala-galanya. Ada juga yang cukup berhati-hati namun tetap menjadi perhatian manusia yang tidak berhati perut ini.

    "Kerana wang, peragut sanggup bertindak di luar batasan manusia. Mungkin mereka dalam keadaan terdesak, mahu jalan senang dan cepat mendapatkan wang," katanya dalam satu pertemuan di pejabat Mingguan Malaysia baru-baru ini.

    Justeru, Dian mengajak wanita di luar sana untuk meningkat kesedaran dan keprihatinan terhadap masalah itu secara serius serta peka dengan keadaan sekeliling terutama tatkala berseorangan.

    Jelasnya, wanita sekarang juga perlu berdikari dan lengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran yang berguna untuk keperluan masa depan. Sambil mengakui terdapat beberapa perkara yang membataskan diri wanita, tetapi dia percaya sikap lebih berhati-hati dan waspada menjadi kunci keselamatan diri seseorang.

    Pada masa yang sama, Dian yang berbintang Capricon ini juga mencadangkan agar wanita menglibatkan diri dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menambah pengetahuan juga mengisi masa lapang mereka dengan kegiatan berfaedah.

    Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Tun Razak ini mengakui kesedaran tentang nasib wanita meningkat sejak beliau aktif menyertai politik beberapa tahun yang lalu.

    Sementara itu, Dian yang berpeluang mencuba minyak wangi One Drop Perfumes pada akhir sesi fotografi ini berpendapat jenama ini sesuai untuk wanita aktif sepertinya kerana ketahanan baunya, menjimatkan dan didatangkan dalam pakej yang menarik.

    Sabtu, Mei 09, 2009

    Rosnah harap Puteri BN jadi kenyataan

    ARAU 8 Mei - Puteri UMNO percaya penubuhan Puteri Barisan Nasional (Puteri BN) yang dicadangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO lalu akan menjadi kenyataan.

    Ketuanya, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin (gambar) yakin sayap baru komponen BN itu dapat direalisasikan tidak lama lagi.

    Katanya, sayap BN itu bersifat mustahak dalam usaha mempercepatkan lagi pencapaian matlamat gagasan Satu Malaysia seperti yang dikehendaki Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata demikian kepada para pemberita selepas merasmikan Hari Talasemia Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2009, di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Ulu Pauh di sini hari ini.

    Talasemia ialah penyakit kekurangan sel darah merah yang teruk. Ia diwarisi daripada ibu bapa atau keturunan.

    Katanya, Puteri UMNO telah bersedia ke arah itu dan yakin hasrat berkenaan akan mendapat sokongan padu semua jentera parti komponen BN.

    ''Puteri UMNO akan terus membawa hasrat itu (mewujudkan Puteri BN) melalui persidangannya sebelum dikemukakan ke Perhimpunan Agung UMNO akhir tahun ini," ujarnya.

    Katanya, mesyuarat Puteri UMNO peringkat cawangan bermula 15 Mei, kemudian peringkat bahagian pada Julai nanti akan turut memfokuskan kepada penubuhan Puteri BN.

    Rosnah berharap, pucuk pimpinan BN dapat merestui cadangan berkenaan bagi memudahkan Puteri UMNO dan rakan-rakan parti komponen BN menzahirkan hasrat itu, terutama bagi membantu menarik sokongan pengundi muda.

    Beliau turut mengakui pihaknya telah bersedia untuk diwujudkan Puteri BN tahun ini.

    Selasa, Mei 05, 2009

    Ziarah Puteri dekati pesakit


    NORYDAL (kiri) dan Ahmad Tajuddin bersama Puteri Paya Besar melawat Hamidah Daut di HTAA, Kuantan, semalam.

    KUANTAN: Seramai 40 ahli Puteri Umno Paya Besar menyertai Program Ziarah Puteri di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, kelmarin.

    Program yang turut disertai Ketua Umno Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman menyampaikan 84 hamper makanan kepada pesakit wanita di wad 7B dan 7C.

    Ketua Puteri Umno Paya Besar, Norydal Othman, berkata Program Ziarah Puteri diadakan setiap tahun untuk berkongsi kesedihan dan penderitaan pesakit.

    Beliau berkata, program murni itu diharap meningkatkan lagi semangat dan keyakinan pesakit.

    "Perasaan sayu dan sedih jelas tergambar pada wajah ahli rombongan apabila melihat penderitaan mereka yang menghidap pelbagai penyakit.

    "Program ini juga bertujuan melawat jururawat dan doktor yang sabar menjalankan tugas tanpa mengira waktu dan ketika.

    "Program ini antara pengorbanan jiwa murni yang dapat dilakukan Puteri Umno Paya Besar tanpa mengira fahaman politik," katanya yang bercadang menganjurkan lebih banyak program kemasyarakatan.

    Pada majlis ringkas itu, Puteri Umno Paya Besar turut menyampaikan jambangan bunga dan kek kepada jururawat dan doktor sebagai tanda penghargaan.

    Norydal berkata, selain melawat pesakit di HTAA, Puteri Umno Paya Besar mengadakan lawatan meninjau rakyat yang berdepan pelbagai masalah termasuk kemiskinan dari semasa ke semasa.

    Isnin, April 27, 2009

    Jangan pertikai – Rosnah

    KUALA LUMPUR 26 April – Jangan pertikai kewibawaan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dilantik kelmarin, kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (gambar).

    Menurutnya, tidak harus dipersoalkan lagi sama ada mereka layak atau tidak untuk menganggotai MT dan pelantikan tersebut merupakan satu perubahan yang positif untuk kebaikan parti.

    “Persoalan sama ada mereka sebelum ini tidak bertanding atau menarik diri pada Perhimpunan Agung UMNO bulan lalu tidak perlu dijadikan ukuran kerana kita telah sedia maklum keupayaan mereka untuk membantu parti,’’ katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan seminar housemanship di sini semalam.

    Tambahnya, semangat yang dibawa oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pelantikan tersebut bertujuan memperkukuhkan lagi UMNO.

    “Mereka yang terpilih telah sedia maklum mempunyai latar belakang politik yang baik dan keupayaan mereka di dalam politik juga terserlah,” katanya.

    Sabtu, April 25, 2009

    Rosnah nafi selisih faham dengan naib

    Pelantikan wakil Puteri dalam MT hak Presiden

    KUALA LUMPUR: Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menafikan wujud perselisihan faham antara beliau dengan Naib Ketuanya, Shahanim Mohamad Yusoff berikutan orang nombor duanya itu tidak tersenarai sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) lantikan seperti diumumkan Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak, Jumaat lalu.

    Menjelaskan perkara itu, Rosnah berkata, soal pelantikan wakil Puteri dalam MT adalah hak mutlak Presiden Umno dan tidak membabitkan beliau.

    "Tidak timbul siapa yang rapat atau tidak (dengan Rosnah), selepas terpilih sebagai Ketua Puteri Umno, saya adalah ketua untuk semua Puteri, tidak pernah timbul masalah antara saya dan Shahanim, beliau sendiri (Shahanim) mengatakan tidak ada masalah tidak dilantik MT.

    "Sebelum ini, ketika Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjadi Ketua Pemuda, (Datuk) Azimi Daim dipilih oleh Presiden sebagai wakil Pemuda dalam MT selepas itu, Datuk Norza Zakaria, malah ketika Datuk Noraini Ahmad (sebagai Ketua Puteri), saya sebagai naib tidak duduk sebagai MT," katanya kepada Berita Minggu, semalam.

    Shahanim adalah satu-satunya naib ketua pergerakan yang tidak tersenarai sebagai ahli MT lantikan, sayap Pemuda dan Wanita iaitu Datuk Razali Ibrahim dan Datuk Kamilia Ibrahim, Jumaat lalu dipilih untuk menduduki jawatan berkenaan.

    Sementara itu, Shahanim ketika dihubungi berkata, beliau tidak 'kecil hati' dengan pelantikan Dr Wan Norashikin Wan Noordin bagi mengisi jawatan ahli MT lantikan.

    Katanya, meskipun menerima banyak panggilan daripada ahli Puteri mengenai pelbagai pandangan, termasuk mengatakan kurang berpuas hati dengan perkembangan itu, beliau tetap berpandangan positif mengenainya.

    "Ada yang telefon, mereka agak saya akan mendapat jawatan itu... jadi saya kata tak apalah sebab jawatan itu satu...yang penting ialah komitmen kita (untuk parti)."

    "Rosnah tahu apa yang terbaik untuk Puteri, mungkin beliau ada tugas khas untuk saya nanti," katanya.

    Khamis, April 23, 2009

    Looking good in politics

    ALL women want to look good, fit, slim and charming, including those in the tough and rough world of politics.

    So what better way is there to bring together women than a keep-fit and charm enhancement programme?

    Hence, to bring together members of its Wanita and Puteri wings, the Cheras Puteri Umno division has come out with an exciting programme called the Slim Fit Challenge.

    The Slim Fit Challenge is aimed at promoting a healthy lifestyle and combating obesity among members of the Wanita and both Puteri wings.

    Sponsored:(From left) Zurainah, Sarina and Ong with some of the products from Dr Nano Lab Cel and Tupperware Brands.

    Slim Fit Challenge chairman Zurainah Musa told a press conference last Saturday that Datin Seri Rosmah Mansor, the wife of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, will launch the programme on April 27 at the Mandarin Oriental Hotel in Kuala Lumpur.

    According to Zurainah, the programme took off earlier this month and will go on for six months. During the period, the 32 participants will have weekly aerobics sessions at the Cheras Umno building in Jalan Peel.

    Also, the participants will go for weekly slimming treatments sponsored by Dr Nano Lab Cel. The slimming programmes are individually scheduled for each participant, taking into consideration each person’s body weight, height and fat percentage.

    There is also a thorough cellulite and detox programme, and guidance on food and diet. The six-month programme costs RM12,000 per person.

    Two other sponsors for the programme are Tupperware Brands and the Electronic Clinic.

    The winner of the challenge will be based on the inches and weight lost as well as the overall look.

    Zurainah said the programme was initiated to allow both Wanita and Puteri members to play and work together.

    “We were thinking of an interesting and fun event for us to participate in together when we hit on the idea of a weight management and health programme. Considering obesity is an issue in our community now, we felt such a programme would be most appropriate,” she said.

    “The programme seemed encouraging, especially when the participants can see before-and-after results of the exercise and slimming regime. Being healthy and slim also add to a woman’s confidence,” Zurainah said.

    “We didn’t want just a health talk programme but something practical that allows us to feel and see results,” she said.

    Zurainah said after the six-month programme was over, health talks and seminars would be organised as a follow-up to encourage the participants to lead a healthy lifestyle.

    Also present at the press conference were Cheras Puteri Umno chief Sarina Sharif, Dr Azizah Ahmad from the Electronic Clinic and Dr Nano Lab Cel advertising and promotions manager Ong Sau Wai.

    Rabu, April 22, 2009

    Segera tubuh Puteri Barisan Nasional - Rosnah

    KUALA LUMPUR 21 April - Pergerakan Puteri UMNO meminta pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) memutuskan segera cadangan penubuhan Puteri BN.

    Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, penubuhan Puteri BN akan mempermudahkan Puteri UMNO dan rakan-rakan daripada parti komponen lain merealisasikan hasrat untuk menarik sokongan pengundi muda.

    Selain itu menurutnya, ia dapat membantu negara memartabat dan membuktikan konsep 'Satu Malaysia' diperjuangkan dalam kalangan parti komponen BN.

    "Setakat ini kita sudah berbincang dengan Puteri MIC, Parti Progresif Penduduk (PPP), Gerakan dan MCA atau lebih dikenali sebagai Biro Wanita Muda dan penerimaan yang diterima daripada mereka semua adalah baik sekali.

    "Justeru, Puteri kini dalam peringkat menunggu keputusan daripada pucuk pimpinan untuk menentukan relevan atau tidak penubuhan itu. Bagaimanapun Puteri UMNO telah menyampaikan hasrat itu pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini," katanya.

    Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis ramah mesra Pergerakan Puteri UMNO bersama media di sini hari ini.

    Ditanya sama ada penubuhan Puteri BN itu kelak bermakna Puteri UMNO atau pergerakan Puteri dalam komponen lain akan dibubarkan, Rosnah menjelaskan, pembubaran itu tidak perlu dan semua pergerakan terlibat akan berfungsi seperti biasa.

    "Fokus penubuhan Puteri BN itu semata-mata untuk meneruskan agenda UMNO iaitu menyatukan semua kaum dengan menggabungkan sahabat daripada parti komponen lain dalam satu rangkaian.

    "Kita yakin ramai akan memberi sokongan kepada Puteri BN kerana pada pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau lalu, kita telah berjaya menarik ramai pengundi muda melalui kerjasama dengan Puteri MIC dan PPP," kata beliau.

    Pada majlis tersebut, Rosnah turut mengumumkan pelantikan Ketua Puteri UMNO Bahagian Pekan, Nor Azita Abdul Rahman sebagai Penolong Setiausaha pergerakan itu dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Pasir Salak, Dr. Wan Norashikin Wan Noordin sebagai Penolong Bendahari bagi sesi 2009- 2012.

    Selain itu, Ketua Puteri UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Nordiana Datuk Shafie pula diumumkan sebagai Ketua Penerangan Puteri UMNO manakala Ketua Puteri UMNO Bahagian Gelang Patah, Radin Seri Kartini Abdullah sebagai Setiausaha Kerja.

    Mengenai pelantikan Ketua dan Naib Ketua Puteri Negeri, beliau berkata, ia akan diumumkan pada hujung bulan ini.

    Menurutnya, kira-kira 80 peratus daripada mereka yang bakal dilantik bagi menerajui Puteri UMNO negeri terdiri daripada muka baru.

    Selasa, April 21, 2009

    Shahanim lepas jawatan Ketua Puteri UMNO Kedah

    SUNGAI PETANI 21 April — Naib Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia, Shahanim Mohd Yusoff akan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Puteri Umno Kedah yang disandangnya sejak 2006 bagi menumpukan perkhidmatan di peringkat pusat.

    Beliau berkata Ketua Puteri Negeri yang baru akan diumumkan oleh Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin tidak lama lagi.

    "Saya harap penganti saya akan mampu meneruskan tanggungjawab terhadap Puteri Umno Kedah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Shahanim yang juga Ketua Puteri Bahagian Sungai Petani dipilih sebagai Naib Ketua Puteri Umno pada Persidangan Perwakilan Umno 2009 yang baru lepas. — Bernama

    Isnin, April 20, 2009

    Tindakan Adun letak jawatan tanpa sebab

    KUALA LUMPUR: Sayap pergerakan Pemuda dan Puteri Umno menyifatkan tindakan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sewenang-wenangnya adalah langkah tidak bertanggungjawab dan perlu dikenakan tindakan sewajarnya.

    Berikutan itu, Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, mencadangkan satu mekanisme diwujudkan, sama ada dari segi penggubalan undang-undang atau badan pemantauan bagi memastikan ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang meletak jawatan tanpa sebab munasabah dikenakan tindakan sewajarnya.

    "Sekarang ini tiada akta atau undang-undang. Jadi kerajaan atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu gubal satu mekanisme supaya wakil rakyat tidak meletak jawatan sewenang-wenangnya.

    "Wakil rakyat diberikan mandat dan tanggungjawab, tetapi kemudian meletak jawatan atas sebab peribadi atau kepentingan parti yang akhirnya akan menyusahkan rakyat," katanya selepas melancarkan kempen derma darah untuk Tabung Darah Negara di Kompleks Muhibah, Taman Bolton, Batu Caves, dekat sini, semalam.

    Beliau mengulas mengenai tindakan Adun Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin mengumumkan meletak jawatan dengan alasan untuk melanjutkan pelajaran pasca siswazahnya serta untuk tujuan membersihkan namanya daripada segala tohmahan kerana beliau sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

    Di MUAR, Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim, berkata sepatutnya selepas menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) tahun lalu, semua wakil rakyat perlu menumpukan tanggungjawab diamanahkan kepada mereka dan bukan sengaja mengosongkan kerusi supaya pengundian terpaksa dijalankan lagi.

    "Pilihan raya kecil itu seperti cerita yang tiada kesudahan...meletihkan kerana jika kerusi itu kosong disebabkan kematian, kita boleh menerimanya, tetapi ia disebabkan tindakan sengaja mengosongkan," katanya. - Berita Harian