Memaparkan catatan dengan label Aktiviti / Program. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti / Program. Papar semua catatan

Jumaat, Mei 28, 2010

Sambutan Hari Guru MERIAH!

Taska Kemas Permata

Cikgu Emma sdg mengajar pelajar2nya menyanyi SELAMAT HARI GURU

Adik2 cilik bakal pewaris Kesenian dan Kebudayaan


Ketua Puteri Subang memberikan Kad Ucapan Hari Guru kpd Cikgu Suriah.

BARIS SEDIA!
Ketua Puteri Subang, Pn Herni Azura memberikan Cupcake dan Kad Hari Guru kpd Pn Jamilah Bt Ibrahim, Guru Tabika Kemas Seksyen 8, Kota Damansara


1 MALAYSIA!

18hb Mei 2010..

Seperti biasa, setiap tahun guru2 di Malaysia dirai dan dihargai setiap 16 Mei..

Puteri UMNO Subang turut tidak melepaskan peluang utk sama2 meraikan Hari Guru. Seperti tahun sudah Puteri Subang meraikan di 3 buah sekolah rendah di Parlimen Subang tetapi tahun ini Puteri Subang turut meraikan hari guru di 6 buah Tabika Kemas terpilih..

GURU ADALAH PENDIDIK ANAK BANGSA. TANPA PENGORBANAN, KESABARAN, KEIKHLASAN GURU SUKAR UTK MEREKA MEMBENTUK GENERASI CILIK INI.

Memandangkan pendidikan awal dan pendidikan asas bermula dari tadika serta guru2 tadika inilah yg mencorak anak2 bangsa agar mengenal huruf dan nombor..

Guru2 tadika ini juga patut dirai dan dihargai, dengan itu lah Puteri Subang membuat roudtour di 6 buah tabika kemas.

Puisi Guru Oh Guru – Usman Awang

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


Isnin, Februari 01, 2010

JOM BERSENAM!

DIJEMPUT BERAMAI-RAMAI KE PROGRAM TARIAN CUTI2 MALAYSIA/SENAMSENI
TARIKH : 5HB FEB 2010 (JUMAAT)
TEMPAT : PERKARANGAN PEJ BHGN SUBANG, SEK 8, KOTA DAMANSARA

Khamis, Januari 14, 2010

Program Back To School Pu3 Selangor & Pu3 Msia

Program Back To School anjuran Pu3 Malaysia bersama dengan Pu3 Selangor diadakan di Dewan MPPJ Tmn Medan, Petaling Jaya. Pergerakan Puteri bermurah hati menyumbangkan kelengkapan sekolah kepada Kanak-Kanak Kurang Upaya seramai 50 orang. Perasmian oleh YB Datuk Rosnah iaitu Ketua Puteri Malaysia merangkap Timb. Menteri Kesihatan













Rabu, Jun 10, 2009

Program Transformasi Rakan Muda Subang

31hb Mei 2009 (Ahad)

Program Transformasi Kelab Rakan Muda Bahagian Subang telah dilancarkan pada 31hb Mei 2009 oleh YB Dato' Ir Muhammad Bushro Bin Mat Johor di Bilik Gerakan Rakan Muda Bahagian Subang, Paya Jaras Dalam. Pelancaran tersebut turut dihadiri oleh Pn. Nurin dari Jabatan Pembangunan Masyarakat, En. Zaini Pegawai Pejabat Belia Daerah Petaling, Pn. Herni Azura Ketua Puteri UMNO Bahagian Subang, En. Harrison Hassan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang dan En. Mohd Rafiq Abdullah, Pengerusi Belia 4B Bahagian Subang. Turut memeriahkan majlis adalah adik-adik dari Rumah Kasih Harmoni dan ahli-ahli rakan muda bahagian subang.
Dengan adanya Rakan Muda di Bahagian Subang, maka lebih banyak aktiviti dengan penglibatan belia dapat dijalankan. Bukan sekadar menjadi pemangkin program malah pusat tersebut membolehkan para belia untuk berkumpul bagi menyalurkan idea untuk progam dan sekaligus mengelakkan mereka dari terlibat dengan kegiatan yang kurang sihat. Bilik Gerakan tersebut juga akan dijadikan sebagai pusat IT untuk ahli rakan muda.































Selasa, Jun 02, 2009

Jom Poco-poco

29hb Mei 2009 (Jumaat)


Jom Poco-poco anjuran Pu3 Caw Kg Kubu Gajah telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari Pu3 dan juga wanita. Program tersebut diadakan di Balairaya Kg Kubu Gajah pada jam 9.00 malam.


Walaupun ada yang tidak biasa dan tidak tahu step poco-poco ini, kami tetap bersemangat meneruskannya.