Rabu, Jun 10, 2009

Program Transformasi Rakan Muda Subang

31hb Mei 2009 (Ahad)

Program Transformasi Kelab Rakan Muda Bahagian Subang telah dilancarkan pada 31hb Mei 2009 oleh YB Dato' Ir Muhammad Bushro Bin Mat Johor di Bilik Gerakan Rakan Muda Bahagian Subang, Paya Jaras Dalam. Pelancaran tersebut turut dihadiri oleh Pn. Nurin dari Jabatan Pembangunan Masyarakat, En. Zaini Pegawai Pejabat Belia Daerah Petaling, Pn. Herni Azura Ketua Puteri UMNO Bahagian Subang, En. Harrison Hassan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang dan En. Mohd Rafiq Abdullah, Pengerusi Belia 4B Bahagian Subang. Turut memeriahkan majlis adalah adik-adik dari Rumah Kasih Harmoni dan ahli-ahli rakan muda bahagian subang.
Dengan adanya Rakan Muda di Bahagian Subang, maka lebih banyak aktiviti dengan penglibatan belia dapat dijalankan. Bukan sekadar menjadi pemangkin program malah pusat tersebut membolehkan para belia untuk berkumpul bagi menyalurkan idea untuk progam dan sekaligus mengelakkan mereka dari terlibat dengan kegiatan yang kurang sihat. Bilik Gerakan tersebut juga akan dijadikan sebagai pusat IT untuk ahli rakan muda.































Tiada ulasan:

Catat Ulasan