30hb Mei 2009 bersamaan hari sabtu, dengan jiwa yang tekad dengan semangat yang membara dengan niat yang satu. Pu3 Subang telah menjalankan satu peperangan jihad demi ketuanan bangsa melayu, demi memartabatkan kembali UMNO di mata masyarakat.
Psy-War atau lebih dikenali dengan Perang Saraf, Pu3 Subang telah mengambil peluang untuk mendekatkan diri dengan masyarakat sekitar Subang dan ingin menampakkan bahawa Pu3 UMNO masih wujud dibumi Subang. Dengan itu, kami telah melancarkan satu program yang diberi nama KEMBARA PEWARIS MUDA yang mana program ini akan digerakkan dua minggu sekali disekitar Parlimen Subang secara berkonvoi.
Pendekatan kami adalah dengan mengedarkan risalah-risalah berkenaan isu-isu semasa, perjuangan UMNO, sejarah penubuhan UMNO, pejuang-pejuang Melayu dan Kedaulatan Perlembagaan DiRaja. Risalah-risalah ini akan diedarkan di pasar-pasar malam, Uptown D'Kota, gerai-gerai makan, kawasan-kawasan penempatan dan juga untuk ahli UMNO sendiri. Pengedaran risalah ini bertujuan untuk memberitahu bahawa UMNO masih relevan dan kuat serta satu-satunya parti yang memperjuangkan dan memartabatkan bangsa melayu di Malaysia malah dimata dunia.
Kembara Pewaris Muda yang diadakan pada 30hb Mei yang lepas telah disertai seramai 20 orang Pu3 Subang yang mana tempat pertama yang dituju adalah Pasar Malam Paya Jaras. Sebanyak 500 set flyer berkenaan 8 Nilai 1 Malaysia telah diedarkan kepada pengunjung-pengunjung di pasar malam tersebut.
Pada mulanya kami semua berkumpul di Pejabat Bahagian jam 8.00 malam dan berkonvoi ke Pejabat Dun Paya Jaras yang mana Pu3-pu3 Paya Jaras sedang menunggu kami. Tepat jam 9.30 malam kami semua menuju ke Pasar Malam Paya Jaras dan dibahagikan kepada lima kumpulan. Perang saraf pun bermula, penerimaan pengunjung terhadap risalah berkenaan
8 Nilai 1 Malaysia amat mengalakkan walaupun ada juga penolakkan dari mereka-mereka yang terlalu optimis terhadap UMNO sehingga ada yang bersikap sinis dengan mengemukakan soalan yang remeh dan tidak masuk akal. Tapi kami tetap meneruskan perjuangan kami walaupun ditolak atau dipandang serong oleh segelintir manusia yang tidak bertamadun.
Setelah tamat peperangan kami di Paya Jaras, kami terus mengorak langkah ke Taman Ehsan Timur iaitu Cawangan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang. Perjalanan kesana mengambil masa lebih kurang satu jam, bayangkan dari Paya Jaras ke Taman Ehsan Timur sepatutnya mengambil masa lebih kurang 20 minit jer tapi almaklumlah 'kesesatan' telah berlaku dalam pengembaraan kami. Satu kereta pula telah tersasar jauh sampai nak masuk ke Shah Alam pelik betul macamana boleh tersasar sampai kesana? Pusing punya pusing akhirnya sampai jua kami di Cawangan Saudara Harison walaupun persidangan mereka sudah berakhir tetapi mereka semua tetap sabar menanti ketibaan kami.
Jam 11.30 malam kami menuju ke Uptown D'Kota, peh!!! ramainya orang.. 500 set risalah lagi kami edarkan.. Penerimaan pengunjung?? nampak ok dan tidak ada yang dilempar ke lantai..
Kembara kami tamat jam 12.00 malam.. Matlamat kami hanya satu, agar UMNO diterima semula dan menyedarkan masyarakat bahawa UMNO masih wujud dan relevan di BUMI SUBANG..
Lipat jelah....jangan banyak tanya..ni arahan!
Mau tak angin, tunggu orang hantar teh ais dari tadi tak sampai sampai!
Barisan srikandi - skuad pelapis Tun Fatimah
Tapi ingat, Jangan pandang belakang!
Jangan buat bungkus cekodok sudah...
Ambik la bang..jangan la malu..risalah ni percuma..tapi kalau saya...hehe
ini penting untuk generasi Melayu akan datang
sudi berkongsi maklumat tentang Gagasan 1 Malaysia
tapi lepas aku habis makan kuih ni lah..keras ya amat...
pencarian caw Saudara Harison di Taman Ehsan
makna tatkala menatap risalah kami
menerangkan sesuatu kepada Herni
Tiada ulasan:
Catat Ulasan