Sabtu, Oktober 31, 2009

apa agenda si anwar nie??? jual diri ke apa??

AnWAR BUAT APA DI DUBAI?
dicatat oleh x-pkr pada x-pkr [ dibaca : EKSTRIM TOLAK PKR] - 1 hari yang lalu
1. Sah! AnWAR kini di Mesir, bertemu pelajar Malaysia dan Indonesia di Universiti Al Azhar. Seperti dijangkakan, AnWAR mula bermain wayang menjelang 3 November nanti. Konon bersama ulamaa' itu dan ini sert...

Jumaat, Oktober 30, 2009

Apa nak jadi dgn anwar nie?? Skrg menghilangkan diri entah kemana.. konon pejuang bangsa melayu, pejuang islam. pejuang bangsa.. ahli2 pkr plak balaci2 anwar..bila nak sedo diri tak tau laa.. agaknya nak kiamat nnt baru sedo... huh!!!

AnWAR DAH CABUT?
dicatat oleh x-pkr pada x-pkr [ dibaca : EKSTRIM TOLAK PKR] - 1 jam yang lalu
1. Kalut, ribut dan berkecamuk, itulah kesimpulan yang dapat dibuat tentang kemelut terbaru yang melanda PKR! Usahlah dinafi ini mainan media arus perdana atau upahan seteru PKR bagi menutup kelemahan mere...

Selasa, Oktober 20, 2009

AZMIN ALI DIMATA ANWAR


1. Wan Azizah memang amat memendam rasa dengan kebanyakan pegawai-pegawai AnWAR. Bermula dari zaman awal AnWAR sebagai Timbalan Menteri kebanyakan pegawai-pegawai AnWAR tidak menghiraukan Wan Azizah. Tidak seperti isteri menteri-menteri lain, mereka mendapat penghormatan sewajarnya dari pegawai-pegawai suami mereka. Bahkan ada yang menggunakan pegawai suami mereka seperti pegawai mereka sendiri.

Dr Novandri Hasan Basri

Kita acap kali mendengar pemimpin-pemimpin pembangkang yang menuduh parti Barisan Nasional memberikan rasuah dan pelbagai jenis barangan kepada pengundi-pengundi Bagan Pinang. Mereka menjual topik ini di mana-mana sahaja ceramah mereka.
Mereka mengutuk, mengeluarkan firman Allah swt untuk memperkuatkan lagi hujah mereka seperti yang dilakukan oleh 'ustaz' Go-bala Krishnan, pemimpin PKR.
Mereka menonjolkan diri mereka seperti suci dan bersih dari rasuah dan sogokan. Mereka mahu pendengar-pendengar tahu bahawa mereka amat benci kepada taktik rasuah dan sogokan kepada pengundi-pengundi kerana ianya haram.
Semasa penulis dan Klinik Kesihatan Bergerak mengadakan khidmat kesihatan di Taman Intan Perdana semalam, penulis telah didatangi oleh penduduk di situ.
Mereka telah menceritakan bahawa beberapa hari lepas, beberapa jentera pilihanraya Pas telah mengadakan lawatan rumah ke rumah untuk berkempen.
Selain daripada risalah-risalah, penduduk-penduduk di situ juga telah disogokkan dengan bahan makanan seperti keropok.
Bungkusan keropok itu telah dilekat rapi dengan jenama KEROPOK CAP BULAN bersama gambar-gambar pemimpin tertinggi Pas berserta logo dan UNDILAH Pas!
Penulis terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh penduduk di situ.
Penulis ingin bertanya kepada ahli-ahli Pas, bukankah KEROPOK CAP BULAN itu merupakan satu sogokan dan rasuah untuk berkempen semasa pilihanraya?
Di manakah imej bersih dan suci yang cuba ditonjolkan oleh pemimpin-pemimpin Pas pada hal parti mereka sebenarnya telah melakukan perkara yang haram seperti yang mereka sendiri katakan?
Penulis berasa amat malu dengan pendedahan KEROPOK CAP BULAN tajaan parti Pas ini.
Kepada pembaca-pembaca sekalian, penulis percaya kita semua terkejut dengan pendedahan ini tetapi inilah realitinya! Parti Pas telah berbohong dan menipu!
Selama ini mereka begitu garang menuduh parti BN memberi rasuah dan sogokan tetapi parti Pas yang sebenarnya telah melakukannya!
Penulis pasti ada komentar yang mengatakan bahawa 'parti BN boleh buat jadi parti Pas pun boleh buat juga'. Tetapi itu bukan isunya.
Hakikatnya, jika parti Pas yang selama ini benci dan mengharamkan sebarang bentuk rasuah seperti sogokan keropok CAP BULAN, parti tersebut tidak boleh sekali-kali mempraktikkan apa yang mereka benci dan haramkan.
Tetapi, mereka lakukan juga. Itu penipu namanya!
Penulis juga diberitahu bahawa jentera pilihanraya Pas telah menyogok pekerja-pekerja estet bangsa India di Bagan Pinang dengan sari dan beras!
Persoalannya, kenapakah berlaku ketidaksamarataan dan pilih kasih di antara orang Melayu dan orang India?
Kenapakah orang Melayu di Bagan Pinang hanya diberikan keropok 'CAP BULAN' dan barangan lain yang berharga kurang daripada RM10 tetapi orang India di Bagan Pinang diberi sari dan kampit beras yang pastinya lebih mahal daripada harga barangan yang diberikan kepada orang Melayu?
Sudahlah parti Pas berbohong kononnya parti mereka itu suci dan bersih, harga sogokan mereka itu pun tidak mengutamakan orang Islam dahulu!


Shame on you Parti Pas!

Isnin, September 14, 2009

Mawaddah Ramadan

Pada 5hb September 2009 bersamaan hari sabtu 15 Ramadhan Puteri UMNO Bahagian Subang dengan jayanya mengadakan program Mawaddah Ramadhan atau majlis bergotong-royong serta berbuka puasa bersama golongan kurang upaya bersama dengan penduduk kampong.

Program tersebut telah mendapat kerjasama dari penduduk kampong Kubu Gajah serta Kelab FZ150i. Program tersebut diadakan secara bergotong-royong menyiapkan juadah berbuka seperti memasak bubur lambuk.

Puteri UMNO Bahagian Subang juga telah menjemput seramai 100 orang kanak-kanak dari golongan anak yatim. Miskin dan OKU serta 30 orang ibu tunggal didalam Parlimen Subang.

Majlis telah selamat dirasmikan oleh Puan Herni Azura Bt Ghafar, Ketua Puteri UMNO Bahagian Subang dan menyampaikan sumbangan hari raya pada kesemua jemputan kanak-kanak serta ibu tunggal. Jelas terpancar kegembiraan diwajah mereka apabila mendapat sumbangan tersebut dari Puan Herni.

Sementara menanti waktu berbuka, Ustaz Khairul Anuar dari Jasa Negeri Selangor telah memberi tazkirah kepada semua yang hadir. Terpegun seketika apabila mendengar suara lunak dari Ustaz Khairul apabila memperdengarkan bacaan surah Al-Quran.

Tepat jam 7.17 malam Ustaz Khairul telah melaungkan azan menandakan waktunya berbuka puasa. Juadah yang telah disediakan habis dimakan oleh tetamu yang hadir, alhamdullilah tiada pembaziran yang berlaku.

Sementara menunggu waktu sembahyang Isyak dan terawih Puteri UMNO Bahagian Subang telah mengedarkan bunga api kepada semua kanak-kanak yang hadir. Jelas terpancar kegembiraan diwajah kanak-kanak ini apabila dapat bermain bunga api bersama rakan-rakan yang baru dikenali.

Program tersebut selesai dengan selamatnya pada pukul 10.30 malam. 

Program sebegini akan diteruskan dimasa akan datang. Insyallah

















































Rabu, September 02, 2009

MAWADDAH RAMDHAN

DIHARI BAIK BULAN YG MULIA INI, PU3 SUBANG MENGAMBIL INISIATIF MENDEKATKAN DIRI & BERAMAH MESRA BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG SERTA GOLONGAN YG KURANG BERNASIB BAIK..MAWADDAH RAMADHAN DIADAKAN PADA 5HB SEPT 2009 DI DEWAN RELA, JLN GAJAH 2, KUBU GAJAH..ACARA BERMULA JAM 9.00 PAGI HINGGA 10.00 MLM..BERMULA DGN GOTONG-ROYONG MENYEDIAKAN JUADAH BERBUKA DAN BUBUR LAMBUK DAN ACARA KEMUNCAK PaDa JAM 4.00 PTG, ADA PERSEMBAHAN ISTIMEWA DARI PU3 SUBANG & ARTIS JEMPUTAN SERTA SUMBANGAN HARI RAYA KEPADA GOLONGAN ISTIMEWA..MALAM PULA DIADAKAN SOLAT TERAWIH & JAMUAN MOREH..PROGRAM INI ADALAH KERJASAMA BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG DAN JUGA DISERTAI OLEH KELAB FZ150i..

SESIAPA YANG INGIN MENYALURKAN SUMBANGAN SERTA INGIN TURUT SERTA SILA HUBUNGI YATI DITALIAN 0172348230...