Isnin, Disember 05, 2011

Janji harus dikota.. jangan dimungkiri..


Perhimpunan Agung UMNO 2011 baru sahaja selesai. Dengan amanat yang diberikan oleh Presiden harus disahut dengan penuh azam untuk dilaksanakan.

Bagi perwakilan-perwakilan yang telah mengangkat sumpah bai'ah, sila tunaikan.. ingat!! bila dimungkiri, takut nanti memakan diri...
Ikrar sumpah bai'ah di Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang diketuai Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin

"Kami orang Umno, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan irihati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.

"Kami orang Umno berjanji taat setia kepada parti dengan memberikan sepenuh k epercayaan dan sokongan padu kepada Yang Amat Berhormat Presiden untuk memimpin kita mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya nanti.

"Kami orang Umno bersumpah untuk bekerja dengan gigih, tersusun dan teratur, berjihad dan berinfaq di jalan Allah bagi memastikan kemenangan Umno dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13.

"Kami orang Umno berikrar untuk memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihanraya nanti."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan