Jumaat, Mei 28, 2010

Sambutan Hari Guru MERIAH!

Taska Kemas Permata

Cikgu Emma sdg mengajar pelajar2nya menyanyi SELAMAT HARI GURU

Adik2 cilik bakal pewaris Kesenian dan Kebudayaan


Ketua Puteri Subang memberikan Kad Ucapan Hari Guru kpd Cikgu Suriah.

BARIS SEDIA!
Ketua Puteri Subang, Pn Herni Azura memberikan Cupcake dan Kad Hari Guru kpd Pn Jamilah Bt Ibrahim, Guru Tabika Kemas Seksyen 8, Kota Damansara


1 MALAYSIA!

18hb Mei 2010..

Seperti biasa, setiap tahun guru2 di Malaysia dirai dan dihargai setiap 16 Mei..

Puteri UMNO Subang turut tidak melepaskan peluang utk sama2 meraikan Hari Guru. Seperti tahun sudah Puteri Subang meraikan di 3 buah sekolah rendah di Parlimen Subang tetapi tahun ini Puteri Subang turut meraikan hari guru di 6 buah Tabika Kemas terpilih..

GURU ADALAH PENDIDIK ANAK BANGSA. TANPA PENGORBANAN, KESABARAN, KEIKHLASAN GURU SUKAR UTK MEREKA MEMBENTUK GENERASI CILIK INI.

Memandangkan pendidikan awal dan pendidikan asas bermula dari tadika serta guru2 tadika inilah yg mencorak anak2 bangsa agar mengenal huruf dan nombor..

Guru2 tadika ini juga patut dirai dan dihargai, dengan itu lah Puteri Subang membuat roudtour di 6 buah tabika kemas.

Puisi Guru Oh Guru – Usman Awang

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


Tiada ulasan:

Catat Ulasan