Selasa, Mei 12, 2009

Ramai Ketua Puteri dibarisi muka baru

Pelantikan berdasar kebolehan, pengalaman

KUALA LUMPUR: Pengumuman barisan baru Ketua Puteri Umno negeri bagi sesi 2008/2011 kelmarin menyaksikan hampir semua muka baru mengetuai 13 negeri, kecuali Melaka dan Negeri Sembilan.

Mereka dikekalkan ialah Ketua Puteri Melaka, Mas Ermieyanti Shamsudin dan Ketua Puteri Negeri Sembilan, Norashikin Abd Rahman.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata, semua muka baru yang dilantik berdasarkan kebolehan, pengalaman dan mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik.

"Walaupun kebanyakannya muka, tetapi mempunyai banyak pengalaman sebagai pemimpin. Saya berharap pengalaman dapat memperkukuhkan Puteri sebagai sayap Umno dan membentuk kepemimpinan yang baik seperti yang diinginkan pucuk pimpinan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Puteri Umno pertama di sini, semalam.

Kebanyakan penyandang jawatan Ketua Puteri sebelum ini sudah melepasi had umur 35 tahun, sekali gus hilang kelayakan menyandang jawatan itu.

Antaranya, Ketua Puteri Perlis, Pulau Pinang, Kelantan, Johor, Sabah, Wilayah Persekutuan dan Selangor, manakala Ketua Puteri Kedah, Shahanim Mohd Yusoff yang memenangi jawatan Naib Ketua Puteri pada Mac lalu melepaskan jawatan bagi memberi tumpuan pada peringkat pusat.

Mengenai cadangan penubuhan Puteri Barisan Nasional (BN), beliau berkata, Dr Wan Norashikin Wan Noordin yang juga bendahari akan mempengerusikan jawatankuasa untuk memperincikan semua langkah bagi merealisasikan penubuhan Puteri BN.

INFO: Ketua dan Naib Ketua Puteri Umno Negeri 2008-2011

  • Perlis � Asmaiza Ahmad (Ketua Puteri Padang Besar) Naib Ketua : Huzaini Abdul Hamid (Ketua Puteri Kangar)
  • Kedah � Norashimah Md Nowar (Ketua Puteri Sik) Naib Ketua: Hisham Suhaily Othman (Ketua Puteri Langkawi)
  • Kelantan � Norwahida Patuan (Ketua Puteri Jeli) Naib Ketua : Maznah Yaakob (Ketua Puteri Kota Bharu)
  • Terengganu � Arfalinda Anuar (Ketua Puteri Kemaman) Naib Ketua : Aziahwati Abdullah (Ketua Puteri Dungun)
  • Pulau Pinang � Hafizah Othman (Ketua Puteri Tasik Gelugor) Naib Ketua: Ida Moerni Zakaria (Ketua Puteri Bukit Gelugor)
  • Perak � Salbiah Mohamad (Ketua Puteri Grik) Naib Ketua : Rosniza Ismail (Ketua Puteri Ipoh Timur)
  • Pahang � Siti Azma Izah Adnan (Ketua Puteri Kuantan) Naib Ketua : Siti Norhayane Shahadan (Ketua Puteri Kuala Lipis)
  • Selangor � Suhaila M Zin (Ketua Puteri Kota Raja) Naib Ketua : Adrililza Mohd Abdan (Ketua Puteri Kelana Jaya)
  • Wilayah Persekutuan � Sarina Syarif (Ketua Puteri Cheras) Naib Ketua : Huzry Fionnawatty Hussein (Ketua Puteri Segambut)
  • Negeri Sembilan � Norashikin Abd Rahman (Ketua Puteri Rasah) Naib Ketua : Nor Amalina Abd Wahab (Ketua Puteri Tampin)
  • Melaka � Mas Ermieyati Shamsudin (Ketua Puteri Masjid Tanah) Naib Ketua : Siti Faizah Abd Azis (Ketua Puteri Jasin)
  • Johor � Faraha Ismail (Ketua Puteri Mersing) Naib Ketua : Rohaiza Ahmad (Ketua Puteri Pagoh)
  • Sabah � Musliati Moslimin (Ketua Puteri Kota Kinabalu) Naib Ketua : Zakiah Kalipunya (Ketua Puteri Semporna).
  • Tiada ulasan:

    Catat Ulasan