Isnin, Mei 11, 2009

Kursus Kepimpinan Muda 2009

Kursus Kepimpinan Muda yang diadakan pada 1hb Mei 2009 hingga 3hb Mei 2009 di Kemah Batu 13, Ayer Hitam, Johor telah berjalan dengan lancar dan berjaya.

Kursus tersebut dihadiri oleh 30 orang ketua Puteri UMNO Cawangan dan 50 orang ketua Pemuda UMNO Cawangan Bahagian Subang telah memberi satu pengalaman dan ilmu yang amat berguna selama 3 hari kami berkampung disana.

Jatidiri yang diterap selama kami berada disana akan kami gunakan dengan sebaik mungkin untuk meneruskan perjuangan kami di Bahagian Subang.

Kami bertolak dari Pejabat UMNO Bahagian Subang tepat jam 12.15 malam dengan menaiki 2 biji bas menuju ke Kemah Batu 13, Ayer Hitam, Johor. Perjalanan hampir 5 jam akhirnya kami selamat sampai ke destinasi yang dituju. Walaupun penat dan tidak cukup tidur, kami Puteri Subang tetap bersemangat meneruskan aktiviti pada pagi tersebut.

Aktiviti kami yang pertama bermula jam 11 pagi dengan mendaftarkan diri serta sesi suai kenal yang dikendalikan oleh Encik Sabarudin, Fasilitator BTN dan pada pukul 4 petang sesi ceramah berkenan Gerak Saraf Dan Perang Saraf yang dikendalikan oleh Encik Osman (Pak Man). Kami didedahkan dengan taktik GSPS yang dilakukan oleh Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim bagi mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri dengan menggunakan kaedah serangan peribadi dan menimbulkan huru-hara dan ketegangan antara rakyat dengan kerajaan pemerintah.

Disebelah malamnya pula, kami mengikuti ceramah berkenaan jati diri dan sejarah yang disampaikan oleh En. Kamaruzzaman (a.k.a Man Janggut). Dalam ceramahnya, beliau menerangkan sejarah bangsa melayu yang suatu ketika dulu merupakan bangsa yang amat bertamadun dan terkehadapan dalam sektor perdagangan dan pelayaran. Bahasa Melayu juga di ketika itu menjadi bahasa pengantar yang utama di kepulauan nusantara.

Namun kelicikan penjajah asing yang tidak kenal erti mengalah telah menyebabkan tamadun Melayu tersebut akhirnya terjajah dan berpecah. Faktor masalah dalaman dan ‘orang dalam’ turut menyumbang kepada jatuhnya kerajaan Kesultanan Melayu pada ketika itu.

Ungkapan ada mengatakan, sejarah akan sentiasa berulang. Oleh itu tidak mustahil apa yang berlaku suatu ketika dulu, boleh terjadi lagi di masa sekarang. Kalau dulu penjajah menggunakan kapal layar dan senjata untuk menyerang, kini serangan bukan lagi secara nyata, bahkan sedikit demi sedikit Melayu di negara ini kian terjajah dari segi ekonomi dan pendidikan.

Apa yang lebih dahsyat lagi, bangsa melayu kini turut dijajah pemikiran mereka dengan anasir-anasir yang membuatkan mereka sanggup menderhakai institusi beraja dan menentang kerajaan yang selama ini menjaga kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam.

Hari pertama kami ditamatkan pada jam 12 malam dengan semangat membara...

bersambung....


Gambar Kenangan


Sebelum berangkat ke Johor di hadapan Pejabat UMNO Bahagian Subang


Dalam bas ketika berangkat ke Johor


Ketika mengemas katil masing-masing


Semangat betul emma mengemas katil...


Sesi Suai Kenal & Pendaftaran


Rajin sungguh pu3-pu3 subang nie...


Aktiviti petang... Jungle Tracking


Antara kumpulan yang paling lewat sampai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan