Isnin, April 27, 2009

Jangan pertikai – Rosnah

KUALA LUMPUR 26 April – Jangan pertikai kewibawaan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dilantik kelmarin, kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (gambar).

Menurutnya, tidak harus dipersoalkan lagi sama ada mereka layak atau tidak untuk menganggotai MT dan pelantikan tersebut merupakan satu perubahan yang positif untuk kebaikan parti.

“Persoalan sama ada mereka sebelum ini tidak bertanding atau menarik diri pada Perhimpunan Agung UMNO bulan lalu tidak perlu dijadikan ukuran kerana kita telah sedia maklum keupayaan mereka untuk membantu parti,’’ katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan seminar housemanship di sini semalam.

Tambahnya, semangat yang dibawa oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pelantikan tersebut bertujuan memperkukuhkan lagi UMNO.

“Mereka yang terpilih telah sedia maklum mempunyai latar belakang politik yang baik dan keupayaan mereka di dalam politik juga terserlah,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan