Rabu, April 29, 2009

Taklimat Kursus Kepimpinan

Sebilangan Puteri UMNO Subang yang akan mengikuti kursus, tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengerusi Biro Latihan dan Pengkaderan Pemuda, Sdra. Md Jaafar Bahaman.

InsyaAllah, malam esok seramai lebih kurang 30 orang Puteri UMNO Subang akan bertolak menaiki bas ke sebuah kem latihan di Ayer Hitam, Johor bagi mengikuti Kursus Kepimpinan dan Team Building yang dianjurkan oleh Biro Latihan dan Pengkaderan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Subang.

Menurut taklimat yang diadakan malam tadi di Pejabat UMNO Bahagian Subang, kursus ini lebih menekankan kepada pembentukan jati diri dan kepimpinan melalui ilmu pengetahuan dan pemahaman.

Kursus selama tiga hari tersebut akan turut disertai oleh kira-kira 50 orang perserta yang terdiri dari Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian dan Ketua-Ketua Pemuda UMNO Cawangan.


PuteriSubang melayari laman blog Puteri UMNO Bahagian Subang yang baru, selepas majlis taklimat malam tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan