Isnin, Jun 22, 2009

Propaganda PAS- Hj Hadi


KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.
Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya. Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini. Turut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.
Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.
Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, Pakatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan. "Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.
tgklah muka Hj Hadi....serius bebeno...cam senyum dalam terpaksa jerk...muka x puas hati tu...
Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno-BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar. Menyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno. Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.
Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.
Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan, ujarnya.

Minah celoteh-
Hmmm..Jelas2 dah terpampang bahawa Hj. Hadi menjadi "pak turut" kepada DSAI n DAP...Beliau x tetap pendirian...Bukankah PAS ni Parti Islam, mengapa beliau sanggup mengikut parti yang ingin menghancurkan umat Islam dan bangsa Melayu???Kerajaan perpaduan telah diutarakan oleh Hj. Hadi sendiri dan disambut oleh UMNO kerana memberi peluang ke arah persahabatan dan kekuatan orang Melayu..pening2 tgk politik yg berlaku di dalam PAS masa kini...Fahaman Hj Hadi jg sudah berbeza n nmpk gayanya Hj. Hadi jg akan masuk dalam kumpulan Erdogen agaknya...Inikah calon pilihan rakyat???Dulu kata lain sekarang dah berpaling tadah/ mulut manis tul...

2 ulasan:

  1. Hai lah Adi putra terengganu. Nampak sangat hang tak ikhlas. Pandai hang selamatkan diri hang. Mana Naib Presiden hang Nasaruddin? HAng suruh dia gi sembunyi kat mana?

    BalasPadam
  2. SALAM ZIARAH PD TUAN RUMAH
    SEPERTI MAKLUM DSAI LAH KEPALA SEGALA PERANCANGAN SONGSANG PAKATAN. HJ HADI MENIMBA ILMU PUTARBELIT PUN DR DIA JUGA. JADI BKN LG PERKARA YG MENGHAIRAN. HANYA RAKYAT YG BENAR2 CELIK MATA DAN HATI SAJE TAU PERANGAI SEBENAR PAKATAN


    http://jeffrydamien09.blogspot.com

    BalasPadam