Rabu, Jun 24, 2009

Gereja Idaman Pakatan Rakyat?


Masyaallah, bila saya terbaca dlm blog GAP mendedahkan satu berita hangat di mana hasil kemenangan Pakatan Rakyat sedang dibina gereja TERBESAR di Asia....
Selepas menang di selangor, Exco PKR DR XAVIER JAYAKUMAR MEMBERITAHU KERAJAAN NEGERI DI BAWAHA PAKATAN TELAH MELULUSKAN PEMBINAAN GEREJA,KUIL,TOKONG MELEBIHI 10 RIBU KAKI PERSEGI !
Ya Allah apa kena dengan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim. Melampau betul! Sedarlah wahai rakyat selangor ini semua angkara Anwar Ibrahim(dalang) petualang bangsa, kenapa PAS boleh menyokong mana pejuang-pejuang Islam sekalian.
Taminsari- Kalau tak silap saya pada mulanya mereka mencadangkan untuk mendirikan sebuah gereja yang terbesar di Asia Tenggara disuatu kawasan di Shah Alam tidak lama dahulu. Oleh kerana menerima desakan hebat dari penduduk-penduduk berhampiran yang menentang projek itu,kemudiannya projek itu di pindahkan kesuatu kawasan di Glenmarie Shah Alam. Disitulah didirikan sebuah gereja yang bersaiz sederhana. Kalau saudara masih ingat si gereja itulah ahli Parlimen Shah Alam membuat kenyataan membenarkan perkataan Allah digunakan oleh orang Kristian. Diberitakan mereka masih tidak berpuas hati kerana tidak dapat mendirikan sebuah gereja yang terbesar di Asia Tenggara lantas membeli sebidang tanah dikawasan antara Puchong dan Putrajaya untuk didirikan gereja itu. Dan hasilnya mungkin seperti yang ditunjukkan didalam gambar.
Berbentuk lain dari yang lain dan mirip menyerupai Bahtera Nabi Noh.Mengapa mereka menterjemahkan " adanya harapan " di pintu masuk tapak pembinaan gereja. Apa hubungan kaitnya dengan tema mesyuarat agong PKR baru-baru ini iaitu " Harapan Baru "? Adakah tangan2 Father Y'anuar di gereja baru itu..adakah oleh kerana ajk PKR separuh daripadanya adalah beragama Kristian maka " adanya harapan " dan " harapan baru " membawa maksud yang sama.Diberitakan gereja itu masih dalam proposal semasa BN memerintah. Selepas PR menang,projek tersebut diluluskan dengan segera. Sama seperti kes ladang babi disepang. Diluluskan dengan segera bila PR memerintah.Mengapa paderi2 gereja di Sabah begitu sayangkan Father Y'anuar sehingga sanggup menghantar surat menyokong Farher Y'anuar semasa pilihanraya Permatang Pauh tidak lama dahulu? Mengapa semasa Father Y'anuar selepas beberapa bulan di Parlimen, mengesyorkan akta murtad dipinda.
Apakah akan terjadi jika akta ini dipinda...maka berduyun-duyunlah Melayu murtad menyeberangi menjadi ahli gereja.Sebab itu bila tidak berjaya mereka ( majlis peguam )mengadakan forum murtad yang didalangi oleh peguam2 PKR yang juga ahli IFC. Bila ahli PKR sendiri bangun membantah, Father Y'anuar hanya berdiam diri malah menyuruh ahli IFC menyoal siasat YB Zulkifli..Adakah ini sifat-sifat Father Y'anuar yang di agung-agungkan oleh penyokong-penyokong PKR dan juga erdogan dalam Pas. Betul kata Dato Nalakurapan, Father Y'nuar ibarat sesumpah hidup. Manusia bertopengkan ugama untuk mendapatkan pengaruh.
Bila soal hukum HUDUD dibangkitkan oleh Husam Musa yang juga orang kanan Father Y'anuar dan bila Karpal Karam meminta Y'anuar memberi penjelasan, beliau melarikan diri ke luar negara. Mengapa Father Y'anuar cuba mengelak dari memberi kenyataan?Inilah rupa sebenar Anuar a/l Ibrahim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan