Autoshow Subang lahir belia kreatif SUBANG
Kelab Belia 1Malaysia (KB1M) menganjurkan Subang Autoshow 2009 di Pekarangan KMST Kampung Melayu Subang, baru-baru ini. Program itu mendapat sambutan hangat apabila disertai seramai 53 peserta Autoshow seluruh Lembah Klang dan Selangor, serta 100 ahli gabungan kelab kereta dan lebih 2,000 penonton memberi sokongan.
Penyelia Program, Harlieza Ismail berkata, program bertujuan untuk memperkembangkan serta mempopularkan lagi sukan pemotoran dan kreativiti belia dalam kalangan masyarakat.
Menurutnya, selain itu juga, program berkenaan juga bertujuan bagi mencari ahli baru yang berminat untuk menyertai pertubuhan belia berdaftar.
“Usaha–usaha untuk menggalakkan dan membangunkan sukan pemotoran Autoshow ini mendapat perhatian serius dan semakin popular di tanah air.
“Di samping untuk juga kita dapat melahirkan seramai mungkin belia yang kreatif dan inovatif serta mampu untuk menaikkan imej negara dalam melahirkan belia yang mempunyai daya kreativiti yang tersendiri dalam mengubah suai kenderaan masing-masing.
“Aktiviti ini juga mampu meletakkan nama Malaysia sebagai hub sukan bermotor terkenal di rantau ini dan dunia amnya,” katanya yang juga Penasihat KB1M.
Katanya lagi, penganjuran program itu juga, lebih mendedahkan kreativiti, idea dan minat belia Malaysia dalam mengubahsuai bahagian dalaman dan luaran kenderaan masing-masing.
“Ideologi seperti inilah yang perlu ditonjolkan oleh mereka bahawa minat dan kreativiti rakyat Malaysia juga mampu bersaing di persada dunia global dan membendung gejala sosial belia masa kini,” katanya.
Program berkenan juga turut mendapat kerjasama penuh daripada Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Anggerik Paya Jaras serta Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Agensi Antidadah Malaysia (AADK), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Padiberas Nasional Berhad (Bernas), RD Motorsport, Percetakan TM Sdn Bhd dan Persatuan Penduduk KMST.
Hadir sama memberi sokongan adalah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir; Ahli Dewan Undangan Negeri Paya Jaras, Muhammad Bushro Mat Johor dan Setiausaha Pemuda UMNO, Megat Firdaus Megat Junid.

(Dengan kesempatan yang ada ini, Pu3 Subang dibawah Biro Belia, Sukan Dan Rekreasi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua urusetia Program Subang Autoshow iaitu Herni Azura (Ketua Pu3), Elin (NKP), Nani (Pen. Bendahari), Cikgu Nik (Ketua Pen.), Emma, Azlin Fadzlina, Mek, Suhaini, Yana, Wanie, Marsita, Faridah, Along, Suriati, Norizan, Liza, Ben dan Harliza serta tidak lupa juga kepada Pemuda Subang yang turut membantu bagi merealisasikan program Pu3 Subang... segala jasa yang u all beri amat kami hargai... dan diharap u all tak serik yer bantu kami... ada lagi.. jutaan terima kasih juga kepada yang memberi sumbangan untuk program ini, walau sedikit tp telah banyak membantu menjayakan SUBANG AUTOSHOW 2009)
tunggu saje kesinambungan program ini yer... watch out!!!!!!

Pu3dyat09
Jom Tengok Gambar
sesi beramah mesra bersama remaja KMST
Bos : kebawah sikit pasang tu... eh! senget laa...
persediaan sebelum Autoshow bermula..
Nizam : Kak, cepat laa cek nama saya ada ke takder??
Pameran dari Jabatan Keselamatan Jalanraya
Tahniah Pu3 Subang kerna melakukan tugas dengan baik sekali...
Tim. Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri
(tahniah diucapkan kepada yang menang, yang kalah cuba lagi..)
Dato' Mukhriz : sama-sama. nanti jemput lagi yer...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan