Ahad, Mei 17, 2009

Kursus Kepimpinan Muda 2009 (Part 3 - Akhir)

Hari ketiga (3hb Mei 2009) - hari terakhir di Kemah batu 13

Pagi nie agak liat untuk bangun sebab HUJAN... Penghulunita kejut pun kami buat tak tahu jer, almaklum laa semalam tido kul 3.00 pagi camner semua tak liat nak bangun daa laa hujan.. peh makin tarik gebor adalah... tp demi tugas dan amanah kami bangun jua tak kala mendengar azan subuh berkumandang... sedang kami semua sedang bersiap, satu perkara agak melucukan telah berlaku... penghulunita cuba mengejut salah sorang pu3 nie tp alahai makin dikejut makin ligat dia tarik selimut... sampaikan penghulunita nak menangis kejut budak nie... kami yang lain cuma tersenyum melihat gelagat budak nie...

sampai disurau kami jadi pelik.. eh!! mana kaum adam nie... takkan tok imam jer ada kat dalam surau nie?? laa rupa2nya abg2 pemuda termasuk fasi tak bangun tido lagi... ish!! tak patut sungguh... takper2 kita denda abg2 pemuda nie nnt...

Pagi yang suram telah bertukar cerah, hujan pun sudah berhenti... sarapan juga telah dihidangkan.. nasi lemak... sedapnya... tanpa menunggu abg2 pemuda nie kami terus jer makan opss baca bismillah tau...

Pagi tersebut kami memulakan aktiviti jam 8.30 am dengan senaman ringkas dan terus ke dewan untuk memulakan sesi yang seterusnya...

Pagi tersebut kami diminta membentangkan apa yang kami akan lakukan dicawangan masing-masing setelah pulang dari kursus... masa diberikan hanya satu jam untuk menyiapkan tugasan yang diberi...

Jam 11.00 pagi kami diminta berkumpul semula kedalam dewan untuk sesi pembentangan kerja yang telah diberi... pelbagai idea dan cara telah dibentangkan oleh 6 kumpulan... semasa sesi joal jawab adalah saat yang paling 'happening' yang mana Cikgu Zaidi telah memulakan provokasi dan soalan-soalan jepu emas kepada setiap kumpulan sehingga mencetuskan suasana gamat... sampai ke kumpulan cikgu zaidi, berpuluh-puluh soalan diajukan kepada kumpulan cikgu Zaidi oleh kumpulan2 lain sehingga cikgu Zaidi terkedu dgn soalan2 yang diberi... bak kata dorang laa.. masa utk membalas dendam... tp hal itu habis disitu jer, tak der sesape pun yang terasa... tp ilmu yang kami dapat sepanjang berkursus 3 hari di sini amat berguna bagi kami dan akan dipergunakan sebaiknya...

Pembentangan tugas selesai jam 12 tengahari... disesi terakhir adalah Majlis Perasmian Penutup dan penyampaian sijil kepada peserta oleh YB Dato Ir Mohd Bushro Bin Mat Johor...

Kami pulang kedestinasi tepat jam 3.00 petang dengan semangat yang membara...

Walau Pu3 Subang selalu diperlekehkan tp kami tetap meneruskan perjuangan demi anak bangsa... Untuk membuktikan kami Pu3 terhebat 10hb Mei 2009 kami akan membuat satu transformasi.... nak tau... tguu berita selanjutnya...





























Tiada ulasan:

Catat Ulasan