Khamis, Mei 14, 2009

Kursus Kepimpinan Muda 2009 - part 2 -

Hari kedua (2hb Mei 2009)

Tepat jam 5.00 am kami semua telah dikejutkan oleh Penghulunita iaitu Cik Wahidah.. walaupun mata masih berat untuk dicelikkan tapi demi seruan ilahi kami gagahi...

Jam 6.00 am, kami semua telah pun berkumpul di surau untuk menunaikan solat subuh dan kuliah subuh...

Jam 7.30 am, kami semua dikerahkan untuk berada di padang untuk senaman... pelbagai aksi lucu telah berlaku... ada yang semput, ada yang terbuang angin dan macam-macam lagi...

Pukul 9.00 am kami diarahkan untuk berkumpul di dalam dewan untuk meneruskan misi kami disana...

Setelah dibahagi-bahagikan kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai fasilitator sendiri, kami diminta mencari tempat sendiri untuk sesi perbincangan dalam kumpulan...

Perbincangan dalam kumpulan merangkumi semua aspek, perkara-perkara yang dibincangkan adalah berkenaan sejarah tamadun melayu, gerak saraf dan perang saraf, isu-isu semasa, isu perlembagaan dan intitusi diraja...

Apabila perkara-perkara ini dibincangkan baru kami faham dan mengerti betapa pejuang-pejuang melayu dizaman dahulu begitu bertungkus lumus bagi mempertahankan bangsa melayu.. bukan macam zaman kini yang mana melayu sesama melayu berperang sesama sendiri bagi menegakkan kebenaran memasing tapi apa yang kita dapat?? fikir-fikirkan lah yer....

Gerak kerja berkumpulan dihentikan sementara pada pukul 5.30 petang untuk aktiviti sukan... kami semua dibawa menjelajah kawasan hutan (bukan hutan pun) dan senaman...

Gerak kerja berkumpulan disambung semula pada jam 9.00 malam dan dihentikan pada pukul 11.30 malam untuk aktiviti malam pula...

12.00 malam kami semua diarahkan berada di padang... pelbagai perkara bermain diminda kami.. ada pu3 yang berdoa agar tiada aktiviti 'burung hantu' diadakan... hati mula berdebar tak kala melihat fasi membawa lampu suluh dan beberapa biji bola... bola??? takkan nak main bola memalam nie... setelah diarahkan pu3 membuat dua kumpulan dan begitu juga pemuda baru kami tahu rupanya pada malam tersebut akan diadakan perlawanan bola sepak... yang unik nya perlawanan bola sepak tersebut diadakan dikawasan yang malap, tanpa gol, tanpa gol keeper dan tiada undang-undang... maknanya kami boleh main sesuka hati kami...

Aktiviti tersebut berakhir pada jam 2.30 am dengan memberi seribu makna dalam diri kami...

sambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan