Rabu, Mei 20, 2009

Pu3 Subang raikan Hari Guru

18hb Mei 2009 (Isnin)

Demi memperingati jasa guru-guru yang telah banyak menabur bakti demi anak bangsa, Pu3 Subang telah melakukan 'terjahan' di dua buah sekolah dalam bahagian subang...

Sekolah pertama yang kami kunjungi adalah Sekolah Kebangsaan Sg Plong... ketika kami sampai diperkarangan sekolah tersebut, guru-guru serta pelajar sedang mendendangkan lagu dari Sudirman.... sayup hati kami tak kala mendengar dendangan lagu tersebut....

Kedatangan kami disambut baik oleh Guru Besar Pn. Siti Sarbanon Mohd Amin dan guru-guru serta pelajar Sek Keb Sg Plong... setelah itu kami dihiburkan oleh pelajar-pelajar tahun enam dengan persembahan koir lagu I Believe I Can Fly dan Gemilang... bagus gak budak-budak nie nyanyi, kalah laa budak-budak AF...

Selesai saje persembahan tahun enam, acara potong kek dan penyampaian hadiah untuk guru-guru dari Pu3 Subang... dapatlah cikgu-cikgu nie sorang sekotak 'Homemade Coklat' yang dibuat khas oleh salah seorang AJK Pu3 Subang...cantik tau...

Habis jer penyerahan hadiah tersebut kami semua berangkat pula ke Sek Keb Bandar Utama Damansara 2...

Tepat jam 10.00 pagi kami sampai ke Sek Keb Bandar Utama Damansara 2... waktu tu semua pelajar dan guru sedang menjamu selera... kami pun apa lagi makan sekali laa... terima kasih kepada Elin belanje kami makan nasi lemak kat kantin... sedap gak laa...

Selesai mengisi perut, kami meneruskan terjahan... sampai jer kat dewan tetiba kami menerima tepukan dan siulan dari pelajar lelaki... peh!! terasa cam artis plak... walau apa pun kami tetap meneruskan misi kami...

Selesai saje pembahagian hadiah kepada semua guru-guru di Sek Keb Bandar Utama Damansara 2... kami pun beransur pulang dengan kenangan yang begitu bermakna...

terima kasih kepada semua Guru-guru di Malaysia... teruskan perjuangan demi anak bangsa tercinta... Selamat Hari Guru

(promote jap : sesape nak mengetahui lebih lanjut berkenaan homemade coklat sila lah hubungi Cik Yati ditalian 0172348230)


pu3dyat09




























Tiada ulasan:

Catat Ulasan