Rabu, Mei 27, 2009

Konvoi Amal ~ Rumah Anak Yatim Miskin PAYASUM, Melaka

KONVOI AMAL
RUMAH ANAK YATIM / MISKIN PAYASUM
SG UDANG, MELAKA
24 MEI 2009


KONVOI AMAL dianjurkan oleh Kelab Berkereta bersama Kelab Belia 1Malaysia dengan kerjasama Kelab SAR (STN Adjuster Resources) , Kelab Arwana dan RD Motorsport.

Program ini merupakan satu program yang bertujuan untuk mendekatkan diri setiap ahli kelab-kelab berkereta dengan kerja-kerja amal dan mendapat sambutan hangat tidak kira daripada peserta mahupun peminatnya. Seramai 50 orang peserta telah mengikuti program ini dimana 22 kereta daripada kelab kereta SAR dan ARWANA telah mengambil bahagian. Kelab Belia 1 Malaysia juga turut serta menyertai program ini.
Konvoi berkereta ini telah bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul 9.00 pagi dan sampai ke rumah anak yatim Payasum jam 11.00 pagi. Pelbagai aktiviti telah dilakukan.
Dan kesinambungan program konvoi ini akan diadakan pada Januari 2010 nanti di Bahagian Subang.
Sejarah penubuhan PAYASUM
Rumah Anak Yatim / Miskin PAYASUM ditubuhkan pada tahun 1940-an, tetapi beroperasi sepenuhnya pada 1956. Rumah Anak Yatim ini terletak di Kg Paya Rumput, Sg Udang Malaka. Rumah ini ditubuhkan oleh Tn Haji Abd Wahid b Osman dan mempunyai seramai 97 orang anak yatim dan miskin terdiri daripada lelaki dan perempuan. Mereka terdiri daripada kanak-kanak berumur 10 tahun sehingga 18 tahun. Yang Dipertua Rumah Anak Yatim dan Miskin ini adalah Tn Haji Khadzir Bin Jantan.

Rumah Anak Yatim / Miskin PAYASUM ini menerima bantuan sebanyak RM 4,000 sebulan daripada biro kebajikan kerajaan negeri serta mendapat pelbaagi sumbangan daripada orang ramai dan syarikat korporat bagi membiayai kos pengurusan.

Rumah Anak Yatim / Miskin PAYASUM ini terdiri daripada 7 orang pekerja sepenuh masa serta 2 orang pekerja sukarela bagi menjaga dan mendidik mereka. Pengurusan rumah ini juga telah menerima sumbangan berupa sebuah bas sekolah daripada individu bagi tujuan sebagai kemudahan anak-anak ke sekolah.

Setiap Anak Yatim dan Miskin yang menduduki rumah ini mempunyai buku simpanan (ASB) setiap seorang bagi tujuan penggalakan amalan menabung dikalangan mereka. Kelebihan kepada yang mempunyai jumlah baki yang terbanyak setiap tahun, mereka akan menerima saguhati daripada pihak pengurusan.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan