Selasa, Jun 02, 2009

Taklimat Persidangan Pu3 Cawangan Dun Paya Jaras

27hb Mei 2009

Persidangan cawangan bakal menjelma justeru itu persediaan dan persiapan giat dijalankan bagi memastikan mesyuarat cawangan berjalan dengan lancar.

Oleh itu, satu taklimat khas berkenaan mesyuarat cawangan telah diadakan di Pejabat UMNO Dun Paya Jaras telah diadakan khas kepada semua ketua Pu3 Cawangan Dun Paya Jaras tentang persediaan mesyuarat cawangan.

Sebagai memenuhi tuntutan perlembagaan, setiap cawangan dikehendaki untuk menyediakan buku persidangan yang merangkumi senarai keahlian, aktiviti cawangan dan penyata kewangan Pu3 cawangan. Disamping itu, notis persidangan haruslah diedarkan selewat-lewatnya 14 hari sebelum mesyuarat cawangan diadakan.

Diwaktu ini lah, Ketua Pu3 Cawangan harus memainkan peranan yang penting dalam mengenal pasti ahli-ahli pu3 cawangan yang berdaftar.

Selamat bersidang....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan