Selasa, Mei 26, 2009

Program Jejari Bestari 2009

Wanita dan jahitan tidak dapat dipisahkan, kalau dipisahkan pincanglah dunia... ini perumpamaan sendiri yer takder dalam kamus dewan pun...

Program Jejari Bestari telah selamat dilaksanakan pada 23hb Mei dan 24hb Mei 2009 di Pejabat UMNO Bahagian Subang, seramai 25 orang wanita dan puteri telah menyertai program ini dengan jayanya...

Program yang dianjurkan oleh JPW dan Wanita Subang telah memberi peluang yang baik kepada wanita dan puteri untuk mempelajari menjahit baju.. lihat saja gambar-gambar yang disediakan dibawah, betapa tekun wanita dan puteri menjahit baju sendiri walau ada juga lah yang baru pertama kali memegang jarum.. tapi jangan sangka mereka ni tak bagus, mana tahu satu masa nanti ada dikalangan mereka berjaya menandingi Rizalman... siapa tahu kan??

Walau apa pun, Pu3 Subang ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Wanita Subang terutama Pn. Hajjah Halimaton Saadiah Bt Hj Bohan, Ketua Wanita UMNO Subang kerna sudi memberi ruang dan peluang kepada Pu3 Subang untuk bersama-sama menimba ilmu di program jejari ini..

Jadi, lepas nie jangan lah serik panggil Pu3 Subang lagi yer...



Model-model Pu3 Subang... ayu kan???

korang nie, pantang nampak kamera nak interprem jer...
focus beb focus....

Shahrimi dgn kak Sue nie tengok jer ker?

inilah bakal penganti Rizalman nanti...

hah!! kan dah tercucuk jarum... kesian...

along : apsal kain aku nie tak jadi-jadi baju lagi?
Kak Sue : dah kau tak jahit mmg lah tak jadi-jadi lg.. aduh...

siapa tak siap jahit lagi, akak babab gan pembaris nie... nak tak??

jangan lupa letak benang nnt tak boleh jahit... paham??
Aniza : Paham cikgu...














Tiada ulasan:

Catat Komen