Sabtu, April 25, 2009

Wakil Puteri ke Majlis Tertinggi UMNO Malaysia

.
Dr. Wan Norashikin Wan Noordin
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia
Penolong Bendahari Puteri UMNO Malaysia
Ketua Puteri UMNO Bahagian Pasir Salak

PuteriSubang mengucapkan sekalung tahniah kepada Dr. Wan Norashikin Wan Noordin kerana dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia sepertimana yang telah diumumkan oleh Presiden UMNO, Dato' Sri Najib Tun Razak, semalam.

Harapan kami PuteriSubang agar Dr. Wan Norashikin dapat membawa kehendak dan aspirasi ahli-ahli Puteri UMNO keseluruhannya ke dalam badan pembuat dasar tersebut agar Puteri UMNO terus diperkuatkan dan diberikan kepercayaan sepenuhnya bagi memenangkan kembali UMNO dan Barisan Nasional pada pilihanraya akan datang.

Pesan kami juga dari PuteriSubang, jawatan yang datang mencurah-curah bukanlah untuk dipamerkan atau dijadikan koleksi peribadi, ianya adalah satu amanah yang wajib dipikul walau betapa berat sekalipun.

Semoga Allah memberikan Dr. Wan Norashikin kekuatan dan petunjuk untuk menggalas beban amanah yang amat berat itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan