Jumaat, April 24, 2009

Persiapan Auto Show berjalan lancar

Urusetia bagi program Auto Show yang akan diadakan pada bulan Mei nanti telah mengadakan mesyuaratnya malam tadi di Pejabat UMNO Bahagian Subang.

Selain dari membincangkan persiapan fizikal seperti lokasi dan penyertaan, perkara-perkara yang melibatkan birokrasi dan dokumentasi turut dibincangkan.

Merujuk kepada perkara yang dibangkitkan oleh Sdra. SaifulZaini di dalam ruangan CelotehPuteri, sukacita dimaklumkan bahawa PuteriSubang telahpun mendapatkan kelulusan dari pihak Majlis Perwakilan Penduduk bagi menjalankan program di tapak berkenaan.

Sehubungan dengan itu, permit bagi menganjurkan program itu juga telah dipohon dan akan dikeluarkan pada bila-bila masa oleh pihak polis.

PuteriSubang amat mengalu-alukan kehadiran rakan-rakan belia, penduduk sekitar Dataran KMST serta para peminat sukan kenderaan bermotor untuk memeriahkan program 'Subang Auto Show 2009' yang akan diadakan pada hari Ahad, 10 Mei 2009, dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang, di Dataran KMST, Pinggiran Subang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan