Jumaat, Januari 15, 2010

INTAN SAFINAZ PERLUKAN BANTUAN ANDA

Intan Safinaz Bt Katni berusia 28 tahun telah mengidap Kanser Otak dan telah menjalani 11 kali pembedahan. Kini, beliau telah koma hampir 1 tahun 7 bulan dirumah beliau di Kota Damansara.Kisah sedih meruntun jiwa apabila beliau melahirkan anak dlm keadaan koma dan hingga kehari ini beliau belum lagi pernah melihat atau menyentuh anak lelakinya.

Lagi memilukan apabila makanan ruji SUSU NUTRIEN FIBRE NESTLE terpaksa dikurangkan pengambilan dari satu tin sehari kepada satu tin 2 atau 3 hari dan sepatutnya beliau harus diberi sebanyak 8 kali sehari terpaksa dikurangkan kepada 6 kali sehari atas sebab keluarga beliau sudah tidak mampu menampung kos pembelian susu tersebut yang mana susu tersebut berharga RM39.90 setin.

Disamping itu Intan juga perlukan kewangan bagi kos perubatan yang begitu tinggi.

Kepada rakan-rakan yang ingin meghulurkan bantuan atau ingin membuat lawatan kerumah beliau boleh lah menghubungi saya 0172348230.Bantuan kita semua amat diperlukan oleh keluarga Intan. Semoga sumbangan anda dapat meringankan beban dan kita semua doakan Intan akan sembuh...Amin

Lokasi: Gugusan Dedap, Kota Damansara

2 ulasan: