Khamis, Disember 31, 2009

Sunathon PU3 SUBANG 2009

Ucapan dari Ketua Pu3 Subang, Pn Herni Azura
Ucapan dari YB Dato Ir Mohd Bushro
Renjis-renjis dipilis

Perarakan dimulakan...

Acara pancutan air

Amboi..seronok betul adik2 yang bakal berkhatan
Boleh ke kak pegang paip air tuh??

Datuk & Murugesan khusyuk mendengar taklimat dari Dr.

Dr memberi penerangan cara2 berkhatan menggunakan teknologi I-Clamp


Bergambar bersama doktor2 muda

Adik2 yang gagah berani!

13hb Dec 2009 (Ahad), Pu3 Subang dgn Kerjasama Macchupicchu Medicare Sdn Bhd telah bergabung tenaga mengadakan berkhatan beramai2 yg diberi nama SUNATHON.. prog yg julung2 kali diadakan oleh Pu3 Subang dpt sambutan yg mengalakkan dari ibubapa yg tinggal dari kaw parlimen subang.. Prog ini diadakan, adalah satu tanggungjawab sosialiti Pu3 Subang kepada masyarakat dan bagi mengangkat martabat tradisi melayu..Acara dirasmikan oleh YB Dato' Ir Muhammad Bushro Bin Mat Johor, Ketua UMNO Bhgn Subang. Turut hadir YBhg S. Murugesan, Penyelaras Parlimen Subang, Ybhg Datuk Megat Firdouz Megat Junid, Timb Ketua Bhgn Subang, YBhg En Raof Dato' Abdullah, Naib Ketua Bhgn, En. Harrison Hassan, Ketua Pemuda Bhgn Subang, En. Zamaruddin Zainuddin, Pengerusi Persatuan Penduduk Gugusan Dedap, En. Shauki Dahalan, Ketua UMNO Cwgn Gugusan Dedap, Ybhg Tuan Yahya, Pengarah Urusan Macchupicchu Medicare Sdn Bhd, Pencipta Smart I-Clamp dan pengasas Sunatron, YBhg Dr Tasron Surat..
Selepas perasmian, para peserta Sunatron telah diarak dgn diiringi paluan kompang dari kumpulan Ezhar Bkt Lanjan.. peserta diarak hingga ke padang tgh gugusan dedap yang mana pasukan bomba dari Balai Bomba Bandar Baru Sg Buloh telah siap bersedia dgn peralatan air pancut dr pili bomba.. apabila peserta semua telah siap sedia air bomba pun dipancut oleh YB Dato' Bushro bersama En. S.Murugesan sambil diperhatikan oleh ibubapa peserta dan ahli keluarga yg lain..selesai mandi, peserta dibawa semula ke surau utk menyalin pakaian dan sesi sunat pon bermula..3 peserta pertama telah dibawa ke dewan blok 6 diiringi oleh YB Dato bersama rombongan sesampai di dewan Pencipta Smart I-Clamp telah pun menunggu dan telah menerangkan secara terperinci berkenaan terciptanya alatan Smart I-Clamp yg mana telah dicipta seratus peratus oleh Dr Tasron Surat dan beliau berhasrat utk memperkenalkan kepada semua rakyat malaysia tentang pengunaan dan betapa mudahnya mengunakan smart I-Clamp yg mana kanak-kanak ini akan sembuh dlm masa 4 hari sahaja.. utk maklumat lanjut berkenaan sunatron ini boleh lah layari http://www.sunatron.com/
Acara tamat sekitar jam 12.30 tengahri..Pelbagai ragam apabila melihat kanak-kanak ini menanti saat2 dikhatankan.. ada yg releks, ada yg menangis, menjerit, takut dan macam2 lagi laa..dgn kesempatan yg ada ini, Pu3 Subang ingin mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada team sunatron kerana bekerja keras utk menjayakan program Sunatron ini..
Tahniah dan syabas apabila melihat mereka menenangkan kanak-kanak yg dalam keresahan dan menangis..tak lupa juga kepada ibubapa yg hadir yg memberi sokongan kepada anak-anak mereka dan tidak lupa juga kepada pu3-pu3 subang yg hadir bg membantu menjayakan prog ini..tidak lupa juga kepada abang-abang bomba dari Balai Bomba Sg Buloh yg begitu komited menjalankan tugas..dan akhir sekali terima kasih juga kepada Saurau As-salam Gugusan Dedap kerana membenarkan kami mengunakan surau, Ketua Blok 6 Abg Man kerana membenarkan mengunakan dewan blok 6 dan semua penduduk gugusan dedap..Insyallah.. Kita jumpa lagi tahun depan dengan perancangan yg lebih teliti dan diharap mendapat kerjasama dari semua pihak..
Lokasi: Gugusan Dedap, Kota Damasara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan