Isnin, September 14, 2009

Mawaddah Ramadan

Pada 5hb September 2009 bersamaan hari sabtu 15 Ramadhan Puteri UMNO Bahagian Subang dengan jayanya mengadakan program Mawaddah Ramadhan atau majlis bergotong-royong serta berbuka puasa bersama golongan kurang upaya bersama dengan penduduk kampong.

Program tersebut telah mendapat kerjasama dari penduduk kampong Kubu Gajah serta Kelab FZ150i. Program tersebut diadakan secara bergotong-royong menyiapkan juadah berbuka seperti memasak bubur lambuk.

Puteri UMNO Bahagian Subang juga telah menjemput seramai 100 orang kanak-kanak dari golongan anak yatim. Miskin dan OKU serta 30 orang ibu tunggal didalam Parlimen Subang.

Majlis telah selamat dirasmikan oleh Puan Herni Azura Bt Ghafar, Ketua Puteri UMNO Bahagian Subang dan menyampaikan sumbangan hari raya pada kesemua jemputan kanak-kanak serta ibu tunggal. Jelas terpancar kegembiraan diwajah mereka apabila mendapat sumbangan tersebut dari Puan Herni.

Sementara menanti waktu berbuka, Ustaz Khairul Anuar dari Jasa Negeri Selangor telah memberi tazkirah kepada semua yang hadir. Terpegun seketika apabila mendengar suara lunak dari Ustaz Khairul apabila memperdengarkan bacaan surah Al-Quran.

Tepat jam 7.17 malam Ustaz Khairul telah melaungkan azan menandakan waktunya berbuka puasa. Juadah yang telah disediakan habis dimakan oleh tetamu yang hadir, alhamdullilah tiada pembaziran yang berlaku.

Sementara menunggu waktu sembahyang Isyak dan terawih Puteri UMNO Bahagian Subang telah mengedarkan bunga api kepada semua kanak-kanak yang hadir. Jelas terpancar kegembiraan diwajah kanak-kanak ini apabila dapat bermain bunga api bersama rakan-rakan yang baru dikenali.

Program tersebut selesai dengan selamatnya pada pukul 10.30 malam. 

Program sebegini akan diteruskan dimasa akan datang. Insyallah

















































Tiada ulasan:

Catat Ulasan