Isnin, Ogos 17, 2009

KONVOI JELAJAH PARLIMEN SUBANG


Hari yang di tunggu-tunggu telah tiba, segala persiapan telah pun disediakan, akhirnya Konvoi Kembara Pewaris Muda jelajah Perlimen Subang ternyata telah dilaksanakan dengan jayanya walau pelbagai getir dilalui..

Alhamdullilah cuaca pd hari ini amat baik sekali, pada pukul 6.45 pagi kelihatan urusetia pu3 bersemangat menjalankan tugas masing-masing bagi penyediaan pendaftaran untuk peserta konvoi.

Sedang asyik kami bersarapan pagi dengan sarapan yang disediakan oleh Kak Kiah tiba-tiba kami terdengar bunyi deruman kuat dan hon dari Kelab Motor FZ150i menuju ke Pejabat Bahagian Umno Ssubang. Sebanyak 65 biji motor kelihatan melalui pejabat bahagian, begitu teruja kami rasai dalam masa yang sama Kelab Myvi juga turut menyusul sebanyak 10 biji kereta bersama 2 buah kereta dari Pendamai Malaysia.
Orang kata pucuk dicita ulam mendatang, alhamdullilah Pendamai Malaysia dengan bermurah hati menyumbangkan stiker kereta dan juga tshirt untuk digunakan pada hari konvoi tersebut. Bukan itu sahaja Kelab Rakan Muda Subang turut menyumbangkan barangan cenderamata untuk Kuiz Mania. Terima kasih diucapkan, tahun depan bagi lagi yer..hehe

Perasan paling gembira ialah dengan kehadiran 6 biji motor dari Polis Traffic PJ membuat kami gerun seketika tapi mereka telah memberi penuh kerjasama dalam memastikan keselamatan kami semua.

Setelah bersarapan,peserta diberi taklimat dari PDRM dan juga dari kami pu3 bagi melancarkan perjalanan Konvoi. Kemudian kata-kata aluan dari Ketua Pu3 Subang, Puan Herni Azura Bt Ghafar sebagai pemangkin semangat kepada peserta-peserta. Kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ketua Umno Bahagian Subang , YB Dato Ir Muhammad Bushro kerana telah memberi sepenuh sokongan, sumbangan & datang awal pagi bagi menjayakan serta merasmikan program kami. Amanat beliau pd pagi ini membuat kami bersemangat dan tidak sabar2 untuk memulakan konvoi ini.

Jam menunjukkan hampir pukul 9.30 pagi , Dato' telah bersedia memulakan acara perlepasan kami. Setiap peserta menghidupkan enjin masing2, deruman semakin kuat...dengan kiraan 3 sambil dato menundukkan bendera....abang polis memulakan perjalanan diikuti kumpulan bermotor dan seterusnya kumpulan kereta.

Perasaan kami ketika itu memang sukar digambarkan, bayangkan lah yer Abang Polis membunyikan siren dan memberhentikan kereta yang menghalang laluan peserta konvoi dan dengan selamba semua lampu isyarat kami redahi, tak macam anak raja ker kami nie semua? peh!! hanya yang menyertainya sahaja yang merasai perasaan kami nie, memang gempak lah. Malah kumpulan konvoi KPM nampak begitu gah dan hebat sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan  paling penting bendera UMNO. Sepanjang perjalanan kami dapat melihat kereta2 yang lain menyaksikan kehadiran kami dengan pandangan tajam.

Destinasi pertama kami adalah di UPtown D'Kota, kami diberi arahan untuk menjalankan tugas selama 15 minit bagi pengedaran risalah, poskad dan juga Jalur Gemilang. Tiba-tiba kedengaran suara orang sedang memberi ceramah, rupa-rupanya ceramah dari Parti PAS. Dengan bersahaja kumpulan kami terus mengedarkan risalah kpd mereka. Dengan laungan kuat dr penceramah, "Jangan ambik itu semua politik!". Apa yang penting, kami telah jlnkan tugas..

Kami dapat melihat kegembiraan dan semangat yang tersurat di wajah peserta2 apabila kami hendak mulakan perjalanan ke Destinasi kedua kami iaitu ke Kg Sg Kayu Ara. Laluan amat menarik, kami betul2 menjelajah dun kota dsara. Yati telah memberi isyarat kpd pihak penganjur Dun Bkt Lanjan bahawa kami akan tiba dlm 10 minit. Tiba-tiba perasan mcm VVIP timbul mana tidaknya abang polis escort.hehehe.....

Sampai sahaja kami disana, kami disambut dengan penuh meriah, kelihatan RELA cuba memberi laluan kpd kami masuk ke dalam . Kedengaran suara MC dan lagu berkumandang memberi isyarat kehadiran kami. Setelah kami keluar dr kenderaan masing2 kami melaungkan MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA. Cuaca ketika itu amat terik, kelihatan penduduk yang hadir berbilang kaum. Kanak-kanak pula berebut-rebut hendakkan Jalur Gemilang dr kami.

Penganjur telah meminta kami KPM utk berlawan tarik tali dgn penduduk kg sg kayu ara. First set menang, second set kami kalah, Sebenarnya sengaja kasi mereka menang! Selepas itu kami mengadakan acara SLOT 15 kami dimana kami memberi soalan tentang kemerdekaan. Hadiah adalah tajaan dr Rakan Muda dan juga Pendamai, Terima Kasih.

Di sini kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kpd penganjur Bkt Lanjan kerana U All Memang Best! Thank you Bro Rauf & Bro Jaffar.

Setelah 1 jam kami berada di sana, kami memulakan perjalanan ke Destinasi ketiga...

Ke Rumah Anak2 Yatim Kasih Harmoni. Perjalanan Dari Bkt Lanjan ke Paya Jaras adalah satu perjalanan bersejarah kerana kami merentasi highway. Seperti biasa abg polis menjalankan tugas mereka dgn baik sekali sume selekoh jalan ditutup dan kereta dibehentikan semata-mata utk memberi laluan kepada kami.

Tiba di RKH kami di sambut oleh En Jamal, Pengetua RKH dan juga kelihatan adik2 RKH sedang mengibarkan Jalur Gemilang dan di depan pintu utama 2 adik manis berpakaian ala kampung sambil menabur bunga ke arah kami. Tiba-tiba perasan emosi timbul dan terasa amat terharu atas sambutan yang diberikan. Di samping itu kami dijamu dgn persembahan kawat dr adik2 RKH. Serious & fokus adik2 menjalankan tugas mereka. Memang Kelassss!!!!

Kemudian En Jamal telah membawa kami ke pameran mengenai RKH, sedikit taklimat & maklumat telah diberikan oleh beliau. Justeru....masa yang di tunggu2 telah tiba akhirnya, saat yang dinanti-nantikan oleh semua peserta konvoi iaitu MAKAN!!. Kebetulan pada masa itu guru2 dr Institut Bahasa turut hadir. Ini merupakan pengalaman pertama dpt makan beramai2 bersama adik2 RKH.

Perut pon dah kenyang, mata pon melayu jer lebih-lebih lagi angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, peh!! layan jer mata nie..hehe..namun demi tugas yang perlu diselesaikan dan bunyi siren turut  dibunyikan menandakan masa telah pon tiba dengan niat yang suci demi membantu adik-adik RKH kami bangun dengan semangat waja memulakan tugas yang telah diagih-agihkan.. kami pon memulakan gotong royong. Semua kumpulan diberi tugas, Rakan Muda cat Tandas, Belia membaik-pulih badminton court, Puteri mengemas Bilik Bacaan dan kumpulan lain bermesra bersama adik2 dan membersihkan kwsn.

Setelah selesai kami terus mengadakan acara Slot15 kami kpd adik2 RKH, seperti biasa berebut-rebut menjawab kerana hadiah2 yang disediakan memang menarik.. Manakala kumpulan FZ memberi tunggangan motor percuma kpd adik2 RKH. Seronok betul adik2 kita.

Sebelum berangkat, kumpulan kami sempat membuat derma kilat untuk disumbangkan kepada adik2 RKH.

Pada ketika hujan turun dgn lebat sekali,kami terpaksa batalkan perjalanan kami ke destinasi ke-empat iaitu Stesen LRT. Jam menunjukkan hampir pukul 3.30pm, kami masih menunggu kehadiran kumpulan mini Cooper ,alhamdullilah dlm 10 minit mereka sudah sampai di perkarangan RKH.

Tugas abg polis setakat di RKH kerana mereka terpaksa pergi ke Putrajaya atas tugasan lain. But anyway THANK U ABG POLIS. Memang sporting & tegas,tanpa abg polis mungkin perjalanan konvoi kami tak berjalan lancar.

Destinasi seterusnya ke Komuniti Sukan Paya Jaras. Sepanjang perjalanan kelihatan penduduk kampung begitu teruja akan kehadiran kami, mana tidaknya kumpulan mini Cooper membuka lagu MERDEKA dgn kuat sekali. Kami singgah sekejap di perkarangan Dewan MBSA Paya Jaras, wow memang ramai pesertanya.Syabas KSKPJ!Kemudian kami diberi arahan untuk parking di tapak Pasar Malam. Kemudian kami semua berjalan ke perkarangan padang dan kebetulan ada perlawanan persahabatan BOLA JARING di antara selebriti bersama PU3.

Prittt wisel dibunyikan, bermulalah perlawanan...nak dipendekkan cerita kami PU3 menang ler. Sambutan penduduk disitu amat mengalakkan mungkin kehadiran artis yg buat org ramai. wow good strategy...Seterusnya perlawanan Bola sepak pula. Pasti menarik.

Sebelum bersurai kami PU3 telah menyampaikan sijil kpd semua peserta2 konvoi. Kami berasa amat puas hati dan berterima kasih tidak terhingga kpd semua Urusetia PU3, peserta konvoi (PENDAMAI, Rakan Muda, FZ150i, Myvi, Mini Cooper, Belia 4B, JASA) kerana telah bertungkus lumus menjayakan program PU3 SUBANG. Terutama sekali terima kasih kami ucapkan  kpd Dato Bushro , Bro Harison & En Talib di atas sumbangan yang diberikan.

APA YANG PENTING? KERJASAMA....antara pu3 amat baik sekali dan paling penting pengisian program capai targetnya. Semangat patriotism benar2 kami rasai, insyaallah semangat sebagai pejuang bangsa akan diterapkan dlm hati kami.Bertemu lagi di lain prog...


Kepala Konvoi,memang kelasssss

Seisi menampal stiker kereta -Jauhi DADAH

Say cheese, ok tak???

Taklimat oleh Ketua Marshall Bro Azra

Alahai,ayoyooooo

inilah cara pencegahan H1N1, ucapan dari dato Bushro

Bacaan doa disampaikan oleh ustaz Wan Sobri.

Peserta konvoi FZ150i

Siap sedia!

satu,dua,tiga brooommmmmmm

Bendera UMNO berkibar Megah

Dipersimpangan Jalan Taman Subang Perdana

proses pengedaran risalah di Uptown dkota

Hai abang khusyuk membaca

Segelintir dr peserta kami

Perlawanan bola jaring di Prog di Ambang kemerdekaan Bkt Lanjan

Penduduk yang hadir, tekun nampak....
Sebahagian dari perserta konvoi Pu3 Subang..


Tarik Tali diantara Team KPM vs Urusetia Diambang Kemerdekaan..
pasang kekuda...sedia semua

Kuiz Mania!!!!
Jawab jgn tak jawab dik..

Tahniah dik..
Hadiah ditaja oleh Kelab Rakan Muda Subang..

Sesi bergambar di Program Ambang Kemerdekaan Bukit Lanjan


Perjalanan ke Rumah Kasih Harmoni
Peh!! Abg Riders, Gempak Seh!

Dah sampai pun kat RKH..


Kedatangan kami dialu-alukan oleh
En. Jamal, Pengetua RKH
Lambaian Jalur Gemilang dari Adik-adik RKH

Kedatangan kami dimeriahkan dengan acara Kawad...


Makan Time!!

satu hari nnt aku pon nak jadi polis trafik..

Sesi gotong royong..
cat tandas...

Bancuh simen pon nak bertekak...
ish ish ish..



Jom naik motor...

Peh!! cam minah rempit laaa...hahaha

Nie ada lesen ker idak nie??

ketibaan dari Sport Mini Owners Club (SMOC)

Kuiz Mania lagi...

bergambar bersama adik-adik RKH..

Sumbangan Ikhlas dari Kelab FZ150i

guddies tuk adik-adik..
jgn rebut semua dapat...

Byk aku dapat hadiah hari nie...best laaa..



Team netball Pu3 Subang vs Team Selebriti TV3
Pu3 Subang menang wey...caya lahh..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan