Rabu, Julai 29, 2009

Mesyuarat Perwakilan Pu3 Subang

Setelah sebulan Persidangan Puteri Cawangan2 UMNO Bahagian Subang telah berlangsung dengan jayanya..
Kini, Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Subang telah berlangsung pada 26hb Julai 2009 bertempat di Kelab Sri Damansara pada jam 2.00 petang..Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Subang telah dirasmikan oleh YB Dato' Ir Muhammad Bushro Bin Mat Johor, Ketua UMNO Bahagian Subang dan dihadiri oleh Timb. Ketua Bahagian, En. Megat Firdouz Bin Tan Sri Megat Junid, Naib Ketua Bahagian, En. Raof Bin Dato' Abdullah, Setiausaha Bahagian, Tuan Hj. Azmi Bin Hassan, Ketua Wanita Pn. Halimaton Saadiah Bt Hj Bohan serta barisan AJK UMNO Bahagian, Wanita Subang dan Ketua-ketua Cawangan UMNO Bahagian Subang serta pemerhati Puteri Subang. Turut hadir sebagai wakil Perhubungan Negeri Selangor adalah Cik Jaslina serta rombongannya dari Puteri UMNO Petaling Jaya Utara.
Dengan kehadiran perwakilan pu3 seramai 106, majlis berjalan dengan lancar dan meriah dengan adanya persembahan Video Clip istimewa bagi memperkenalkan barisan generasi baru dan juga mengenang jasa Mantan2 Pu3 Subang. Setelah tamat persembahan VC majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis iaitu Saudari Emma Ismail dan bacaan doa oleh Ustaz Khairol Annuar.
Majlis bertambah hangat dengan ucapan dari Ketua Puteri UMNO Bahagian Subang iaitu Pn. Herni Azura Bt Ghafar. Beliau mengatakan bahawa dengan adanya barisan AJK baru dan lama serta komitmen yang diberikan oleh semua Ketua Pu3 cawangan dan ahli pu3 dapat menjalankan beberapa program dengan jayanya. Kini pu3 subang sedang menjalankan pemutihan di setiap cawangan bagi memastikan pu3 subang dapat bersama-sama menyumbang tenaga serta idea bagi mempertingkatkan dan menguatkan barisan UMNO. Bahkan pu3 subang memang ada kelas dimata masyarakat menurut kata beliau.
Majlis diteruskan dengan ucapan dan perasmian oleh YB Dato' Ketua Bahagian yang mana dikenali dengan panggilan Brader Bush dikalangan pu3 subang. YB Dato' menceritakan perjuangan beliau bersama rakan-rakan beliau dalam perjuangan UMNO kini misi beliau adalah merampas kembali Selangor ketangan Barisan Nasional dan meminta agar pu3 subang menambah keahlian serta membantu bersama-sama bahagian subang bagi memenangi hati rakyat dengan adanya program-program bagi mendekati diri dengan rakyat. Walaupun beliau sedar bahawa pu3 dari golongan wanita muda yang rata-ratanya bekerjaya, ibu muda serta ada juga suami yang tidak memahami perjuangan isteri dalam UMNO tetapi beliau berbangga dengan kehadiran pu3 di mesyuarat perwakilan. YB Dato' juga berharap agar pu3 subang dapat menambah cawangan pu3 disetiap cawangan dibahagian subang.
Persidangan pu3 bermula jam 4.45 petang dengan dihadiri tiga wakil bahagian iaitu Tuan Hj Karim Bin Jabal, En. Zainodin Bin Bakar dan En. Abdullah Bin Kassim dan dipengerusikan oleh Saudari Aniza Bt Jailani. Pada persidangan tersebut dengan sebulat suara bersetuju dengan tiga usul yang dibentangkan oleh Saudari Mornidewi Bt Roslan dari Cawangan Rumah Murah Kg Sg Kayu Ara dengan usul yang bertajuk Pemansuhan PPSMI, usul yang kedua dibentang oleh Saudari Rohana Bt Mohd Bakri dengan usul yang bertajuk Cabaran Generasi Muda Dalam Memartabatkan Perjuangan UMNO dan akhir sekali usul yang bertajuk Pindaan Perlembagaan UMNO - Had Umur Pergerakan Puteri UMNO yang dibentangkan oleh Nor Azura Bt Hj Talib.
Mesyuarat Perwakilan Pu3 Subang ditangguhkan pada jam 5.45 petang.
Dengan ini, AJK Pu3 Subang ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua Perwakilan Pu3 yang hadir pada hari tersebut dan tidak lupa juga pada YB Dato' Ir Muhammad Bushro kerana sudi merasmikan persidangan tahun ini serta AJK UMNO Bahagian, Ketua-ketua Cawangan, para pemerhati dan semua yang hadir bagi memeriahkan Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Subang 2009.




Rohana sedang praktis berbahas...

"Sibuk nampak Cikgu Nik?"

menyediakan tag perwakilan..semua pink...



'breakfast time' walau dah nak masuk tengahari..


antara perwakilan pu3 yang hadir...
masing-masing control cun..hehe


kaunter pendaftaran

apalah yang dibincangkan oleh Kak Sue gan Mek nie?
diperhatikan oleh cikgu roy dengan serius...
posing jgn tak posing...

"rasa-rasa korang, berapa harga dulang nie?"
"murah jer nie, kat giant melambak"
"aku tak kesah..peace to camera"
wakil dari Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Subang

Perwakilan dari Paya Jaras Utara..

perwakilan dari Merbau Sempak Tambahan

yang nie saje jer nak interprem

Perwakilan dari Gugusan Kantan

perwakilan dari Lestari

sedang menanti ketibaan Dato tp sempat gak berposing..



ketibaan Dato' disambut oleh Pak Long Shauki..



Puan Pengerusi Majlis yang manis...
Saudari Emma Ismail
Kehadiran Ketua-ketua Cawangan memberi satu impak yang bermakna..

Bacaan Doa oleh Ustaz Khairol Anuar


Ucapan dan Perasmian dari YB Dato Ketua Bahagian


'Alamak Dato, maaf yer tersalah pilih sais laa..'











Pembentangan Usul oleh Saudari Mornidewi Bt Roslan
Ketua Puteri UMNO Cawangan Rumah Murah Kg Sg Kayu Ara
"Pemansuhan PPSMI"
Pembentangan Usul oleh Saudari Rohana Bt Muhd. Bakri
Ketua Puteri UMNO Cawangan Subang Indah DSP2
"Cabaran Generasi Muda Dalam Memartabatkan Perjuangan UMNO"
Pembentangan Usul oleh Saudari Nor Azura Bt Hj Talib
Ketua Puteri UMNO Cawangan Gajah Perdana
"Pindaan Perlembagaan UMNO - Had umur dalam Puteri UMNO'
Ucapan Penangguhan dari Tn. Hj Karim Jabal

Ucapan Penangguahan Dari Wakil Perhubungan Negeri
Cik Jaslina, Ketua Puteri UMNO PJU
Ucapan Penangguhan Dari Ketua Puteri UMNO Bahagian Subang
Pn. Herni Azura Bt Ghafar

Wakil Bahagian dari kanak Tn. Haji Karim Jabal,
En. Zainodin Bakar dan En. Abdullah Kassim

Barisan AJK Pu3 Subang..

Pu3 Subang memang ada Klas...
Inilah barisan pejuang-pejuang Pu3 Subang..

1 ulasan:

  1. Manalah PAS tak jadikan modal, masih ramai anak2 dara ni yg masih engkar bertudung !!
    Seronoklah PAS dpt point free ja.

    BalasPadam