Khamis, Jun 11, 2009

Ketua Puteri Subang dilantik sebagai Pengerusi Biro Professional Muda Dan NGO


Saudari Herni Azura Bt Ghafar, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Subang telah rasmi dilantik sebagai Pengerusi Biro Professional Muda Dan NGO (PMN) oleh Pergerakan Puteri UMNO Negeri Selangor.

Fungsi PMN adalah menarik golongan professional muda dikalangan pelajar-pelajar Universiti dan kolej, mengetahui atau menyelidik apa masalah yang dihadapi dan kehendak mereka berhubung peluang-peluang pekerjaan, keusahawanan dan pendidikan.

Bukan mudah untuk mengalas tanggungjawab dalam biro yang baru diperkenalkan ini, jadi Pu3 subang akan menyokong serta membantu merealisasikan segala tugasan serta program yang bakal diadakan nanti.

Apa-apa pun, kami barisan ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Subang berbangga dan tahniah diucapkan diatas perlantikan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan